I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama

Oleh Nazihah AN 25 Jun 2021
Kongsi
7 Min Bacaan

Roti Gardenia semestinya menjadi pilihan rakyat

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama. Sedar tak sedar, dalam kehidupan seharian anda, di atas meja mesti ada roti, tak kisah apa-apa jenis roti untuk dijadikan sarapan pagi, untuk brunch bahkan ada juga untuk minum malam sambil tengok TV. Bila disoal roti kegemaran, memang ramai yang sebut ‘Gardenia’. Haa tipu kalau tak kenal jenama Gardenia ni.

Roti jenama Gardenia ni memang famous di Malaysia, lagi-lagi kalau dari semenanjung nak balik ke bumi kenyalang, orang Sabah dan Sarawak wajib borong roti gardenia untuk dijadikan buah tangan, ada juga untuk bekalan sendiri. Senang je kita nak kenalpasti bahawa seseorang tu baru balik dari Semenanjung.

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama

Setiap kali melihat roti Gardenia, pasti lagu terngiang-ngiang di telinga anda, kan?

Ramai yang gemarkannya

Terasa segar sentiasa

Resipi Uncle Slocumm

Tinggi kualiti, Gardenia

Sungguh enak dimakan begitu saja

Ooo Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja

Haaa berbeza dengan jenama roti lain, yang membuatkan jenama Gardenia ini popular ialah rasa roti yang unik yang dikenali sebagai ‘resipi Uncle Slocumm’ seperti yang disebut dalam iklan lagu tersebut iaitu sedap sehingga enak dimakan begitu saja.

Jika selama ini ada yang tertanya-tanya siapakah Uncle Slocumm yang sering disebut dalam iklan Gardenia, di sini kami kongsikan kisah Uncle Slocumm dan juga beberapa kisah yang agak mengelirukan berkenaan jenama tersebut.

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Resepi Uncle Slocumm -Horatio Sye Slocumm

Sejarah Gardenia bermula di Sabah

Bagi merealisasikan hasrat ingin membangunkan cabang perniagaan roti di Malaysia, Horatio Sye Slocumm, telah dihantar ke Malaysia bagi memulakan perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pembuat roti yang telah bergiat lama dalam bidang pembuatan roti serta pastri.

Untuk memulakan perniagaan beliau, Slocumm telah mendapat bantuan dana IESC (International Executive Service Corporations) yang merupakan sebuah badan pembangunan ekonomi di Amerika Syarikat. Dengan kerjasama warga tempatan Sabah, Wong Tze Fatt juga merupakan seorang ahli perniagaan berjaya menjadi rakan kongsi Slocumm. Seorang lagi kenalan Slocumm turut bergabung iaitu Jim Humphries, pakar dalam pembuatan krim pastri.

Resepi roti Slocumm yang lembut dan enak menjadi satu kelebihan utama produk makanan hasil kerjasama tersebut. Bermula dari sini lah Gardenia Food Industries berkembang dari Sabah ke Singapura dengan pembukaan Gardenia International Pty. Ltd. (Singapura), yang bakal membantu untuk meluaskan pasaran ke seluruh Asia Tenggara.

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama

Juga ada sejarah Gardenia di Semenanjung Malaysia di bawah berlainan syarikat.

Dalam pada masa yang sama, jenama Gardenia yang ada di semenanjung Malaysia pula diterajui oleh syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. kepunyaan Syed Mukhtar Al- Bukhary. Syarikat ini bermula dengan pembukaan sebuah perniagaan roti yang kecil di Plaza Bukit Timah di Singapura pada tahun 1978, masih dengan berasaskan kepada resipi sama yang dibawa oleh Slocumm.

Dengan prmintaan yang tinggi dari pengguna, mereka mula membesarkan perniagaan pada sekitar tahun 1983 dengan berkonsepkan ingin menjadikan roti putih sandwich sebagai identiti utama diperkemaskan Gardenia. Slocumm meninggal dunia pada 30 September 1982 namun namanya masih dijulung tinggi sebagai rujukan resipi roti putih yang sedap dan berkualiti tinggi. Beliau dikebumikan di Forest Hill Cemetery yang terletak di Alabama, Amerika Syarikat.

Dalam masa 4 tahun sahaja, syarikat ini telah menjadi tumpuan penduduk dan mengambil alih pasaran untuk menjadi pilihan utama warga Singapura. Resipi Slocumm juga makin bertambah baik melalui kaedah pembuatan yang mampu menghasilkan roti yang lebih lembut dan rasa yang lebih enak.

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Minuman ringan Gardenia di Sabah

Kekeliruan antara dua Gardenia yang ada di Malaysia ini.

Inilah roti Gardenia yang kita selalu beli dari Semenanjung! Tetapi apa yang menyebabkan rasa yang berbeza berbanding dengan Gardenia Sabah?

Menurut Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd, kedua-dua syarikat itu adalah syarikat yang berbeza dengan pengurusan yang berbeza, polisi yang berbeza, juga sistem operasi yang berbeza. Oleh sebab itulah, rasa Gardenia di Sabah dan Semenanjung sangat berbeza bukan? Haaa mindblown ke tu?

Pada Januari 1981, dinyatakan Gardenia Sabah telah bekerjasama dengan Pepsi International Company, sebuah syarikat yang terkenal dengan minuman ringan Pepsi Cola dan Mirinda. Lalu adanya Gardenia Beverage Sdn. Bhd. beroperasi di bawah Gardenia Sabah. Sebab itulah orang Sabah dan Sarawak boleh dapatkan minuman ringan dalam tin yang berlalbelkan Gardenia.

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama

Namun keadaan menjadi tragis…

Nasib malang telah menimpa seorang pengasas Gardenia Sabah iaitu Wong Tze Fatt. Setelah beliau meraih kejayaan sehingga menjadikan beliau sebagai seorang hartawan dan juga ahli perniagaan yang berjaya, Dato’ Wong Tze Fatt bersama isterinya, telah ditemui mati dibunuh di rumah beliau sendiri, di Kota Kinabalu pada 10 Disember 2004. Takziah kepada keluarga beliau.

Dipercayai beliau ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala dengan objek tumpul manakala isterinya dicekik sebelum suspek bertindak untuk membakar bilik utama (yang didiami oleh kedua pasangan tersebut). Namun, didapati suspek tersebut turut terkorban dalam kebakaran itu.

Dinyatakan bahawa kejadian bermula dengan suspek memecah masuk dan mencuri tanpa niat untuk membunuh pasangan tersebut dan kes pun ditutup.

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama

Tahun 20 20, Gardenia Sabah diambil alih oleh Syarikat Kim Teck Cheong

Kini, Gardenia Sabah telah diambil alih oleh Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) dan telah menandatangani perjanjian pelesenan untuk menguruskan jenama roti Gardenia merangkumi di Sabah, Sarawak dan Indonesia.

Di bawah perjanjian tersebut juga, KTC akan memperoleh akses ke semua resipi Gardenia Uncle Slocumm dan bertanggungjawab untuk pembuatan, pemasaran, pengedaran dan pengembangan jenama di Sabah, Sarawak dan Indonesia.

Lagi artikel menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime
Next Article Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?