• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan

Oleh
Farisha
18 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerana dadah hidup binasa, bapa kandung ditahan kerana dipercayai bunuh bayi 6 bulan

Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan. Satu kejadian kejam telah berlaku apabila seorang bapa yang disyaki sebagai penagih dadah telah membunuh anak lelakinya yang berusia 6 bulan di sebuah pangsapuri.

Menurut laporan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Mohamad Nasir Drahman menyatakan bahawa bayi malang itu telah ditemui tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor.

Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan
Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan

Kehilangan nyawa bayi tersebut telah disahkan namun hasil pemeriksaan awal pihak forensik mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada tubuh bayi itu.

Dipercayai lelaki itu positif dadah jenis syabu

Berikutan kejadian nahas ini, pihak polis telah berjaya menahan bapa kepada bayi berkenaan yang berusia 25 tahun untuk membantu siasatan lanjut. Lelaki itu juga didapati positif mengambil dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing.

Suspek tersebut kemudiannya ditahan reman selama 7 hari bermula Selasa sehingga 22 April untuk siasatan yang lebih mendalam. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mengamuk Dengan Keluarga, Penagih Dadah Bertindak Bakar Rumah Sendiri Sehingga Ranap Di Mukah
Tangan Diikat Kepala Disepit Celah Pokok, Kanak-Kanak ‘Palauh’ Disyaki Dibunuh Kejam Penagih Dadah
SUMBER :AWANI
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Ke Sabah Sarawak Akibat Letusan Gunung Berapi Indonesia Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Ke Sabah Sarawak Akibat Letusan Gunung Berapi Indonesia
Next Article Amaran Tsunami, KKIA Batal Semua Penerbangan Ekoran Letusan Gunung Ruang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?