• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Menyedihkan, Atlet Israel Rakam Video Hancurkan Katil Di Olimpik Jepun

Oleh
Husna Hazmi
28 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sungguh tak matang!

Menyedihkan, Atlet Israel Rakam Video Hancurkan Katil Di Olimpik Jepun. Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung tahun ini telah menjadi tumpuan satu dunia terutamanya apabila terdapat perkara yang aneh berlaku sebagai contoh, baru-baru ini tular video atlet Israel yang merosakkan katil anti-maksiat yang diperbuat daripada kadbod.

Isi Isi Penting
  • Sungguh tak matang!
  • Merosakkan katil yang diperbuat daripada kadbod
  • Katil ini dibuat bagi mengelak daripada aktiviti persetubuhan di antara atlet
  • Wanger merupakan anggota pasukan besbol Olimpik dari Israel
Menyedihkan, Atlet Israel Rakam Video Hancurkan Katil Di Olimpik Jepun
Menyedihkan, Atlet Israel Rakam Video Hancurkan Katil Di Olimpik Jepun

Merosakkan katil yang diperbuat daripada kadbod

Di dalam satu video yang tular di laman sosial berkenaan, kelihatan atlet Israel Ben Wanger bertindak merosakkan katil yang diperbuat daripada kadbod bagi membuktikan ketahanan katil tersebut.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik pada hari Isnin lepas, Ben Wanger dan lapan lagi lelaki lain menguji ketahanan tempat tidur tersebut dan atlet Israel yang tidak bertanggungjawab ini telah menghancurkan katil berkenaan. Padahal, katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Menyedihkan, Atlet Israel Rakam Video Hancurkan Katil Di Olimpik Jepun

Katil ini dibuat bagi mengelak daripada aktiviti persetubuhan di antara atlet

Katil yang 100 peratus diperbuat daripada kadbod di Olimpik Tokyo kali ini menjadi objek tarikan di perkampungan Olimpik. Terdahulu ianya tular dengan cerita bahawa katil ini dibuat bagi mengelak daripada aktiviti persetubuhan di antara atlet. Namun tujuannya yang sebenar adalah tidak lain bagi menjaga alam sekitar kerana mampu untuk dikitar semula.

Menurut syarikat Airweave, yang bertanggungjawab dalam pembuatan katil tersebut menyatakan bahawa teori tersebut adalah palsu dan katil itusebenarnya dibuat dengan teknologi kitar semula dan katil ini juga mampu menampung berat hampir 200kg.

“Mendapat banyak pertanyaan mengenai tempat tidur di Olympic Village, jadi hari ini kita akan memeriksa dan melihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memrobohkan salah satu tempat tidur kadbod ini,” kata Wanger dengan bangganya pada permulaan video tersebut, yang telah ditonton lebih daripada 400,000 kali sejak dimuat naik 24 jam yang lalu.

Wanger merupakan anggota pasukan besbol Olimpik dari Israel

Pada mulanya, Wanger yang merupakan anggota pasukan besbol Olimpik dari Israel yang juga pemain untuk pasukan AS Lancaster Barnstormers, melompat di atas katil. Kemudian, seorang demi seorang naik untuk menyertai beliau melompat di atas katil sehingga katil tersebut musnah.

Orang ramai pula beranggapan bahawa tindakan Wanger itu amatlah biadap kerana fasiliti yang disediakan kepada atlet Olimpik adalah percuma, dia pula dengan bangganya merakam kelakuannya dan rakan tidak matangnya itu dengan merosakkan katil tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Ingin Pahlawan Sarawak Diangkat Tetapi Lelaki Ini Pula Tiba-Tiba Hina Rentap Dan Sarawak Netizen Ingin Pahlawan Sarawak Diangkat Tetapi Lelaki Ini Pula Tiba-Tiba Hina Rentap Dan Sarawak
Next Article [VIDEO] - 'Aku Sik Cayak Kebun Tok Nang Kacak Viewnya', Video Budak Ini Buat Netizen Terhibur [VIDEO] – ‘Aku Sik Cayak Kebun Tok Nang Kacak Viewnya’, Video Budak Ini Buat Netizen Terhibur

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?