Kurang ajar sungguh!
Netizen Ingin Pahlawan Sarawak Diangkat Tetapi Lelaki Ini Pula Tiba-Tiba Hina Rentap Dan Sarawak. Isu adat, budaya dan sejarah asal usul sememangnya merupakan isu yang sensitif dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka kerana ia melambangkan identiti sesebuah bangsa. Apatah lagi isu berkenaan dengan pahlawan negara kita. Tindakan membuat penghinaan bangsa atau negara jelas menunjukkan bahawa seseorang itu tidak menghormati sensitiviti kaum.
Di laman Twitter, terdapat sebuah rajutan yang dimuat naik oleh sebuah portal berita berkenaan dengan sejarah Melaka berlawan dengan Portugis. Rajutan tersebut telah dibalas oleh pengguna @seketulawan yang mengatakan bahawa sejarah tentang kejatuhan Melaka menanamkan rasa putus asa dalam kalangan pembaca selain hanya ‘permukaan’ sejarah sahaja diceritakan di peringkat pendidikan rendah.
Pengguna ini kemudiannya menggesa untuk mencontohi Sarawak yang sentiasa bangga dengan sejarah kehebatan pahlawan dan bangsanya, bukan sejarah kejatuhan semata-mata.
Balasan tersebut dipersetujui oleh seorang lagi pengguna, @hazrieayup. dengan memberi pendapat bahawa pahlawan Sarawak perlu dimartabatkan seperti pahlawan yang lain.
Individu rasis terhadap Sarawak bahkan menghina pahlawan Sarawak
Namun demikian, tanpa angin dan ribut, seorang lelaki tiba-tiba menghendap dengan ciapan yang berunsurkan kebencian dan menghina pahlawan Sarawak iaitu pahlawan Iban yang bernama Rentap. Pahlawan Rentap dihina dengan kata-kata kesat dan makian. Bukan setakat itu sahaja, lelaki ini juga dengan beraninya menghina negeri Sarawak dengan mengatakan Sarawak negeri yang mundur.
Nama Rentap memang sudah termaktub dalam pengetahuan rakyat Sarawak sebagai pahlawan berbangsa Iban yang gigih dan keras menentang pemerintahan Brooke. Semangat beliau mempertahankan tanah airnya serta kata-kata semangat beliau “Agi idup agi ngelaban” merupakan legasi yang berharga bagi masyarakat Sarawak.
Kenyataan berunsur rasis tersebut telah dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @pilgr1ms di laman Twitter.
“Kau dengan negeri mundur kau bawak gi mamp*s la orang tak kisah pun dengan Rentap kau bang*ng”
Seperti yang kita tahu, Rentap adalah hero rakyat Sarawak terutamanya masyarakat Iban yang telah berkorban nyawa demi mempertahankan hak mereka daripada penjajah. Rentap sepatutnya dijadikan teladan kerana sifatnya yang gagah sanggup berjuang menentang penjajah British yang telah mengeksploitasikan hak rakyat di negeri Sarawak pada masa itu.
Tindakan ini sama sekali tidak menghiraukan sensitiviti kaum, apatah lagi kaum Iban merupakan kaum terbesar di Sarawak. Sarawak juga dikatakan mundur namun jika sesiapa yang pernah pergi ke Sarawak, pasti mengetahui bahawa negeri ini sememangnya mengalami kemajuan dari pelbagai sudut.
Contohnya, Projek Lebuh Raya Pan Borneo, seni bina bangunan yang menarik dan artistik tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan kelestarian alam semulajadi.
Kenyataan rasis bahawa mentaliti rakyat Sarawak seperti
Tidak hanya itu, lelaki dahaga perhatian ini, @pilgr1ms juga menyatakan bahawa ramai orang Sarawak yang triggered dengan ciapan beliau. Dia juga menyatakan bahawa mentaliti orang Sarawak ini di tahap yang buruk sebagaimana yang digambarkannya dengan emoji najis.
Individu tersebut juga membuat ciapan provokasi dan mencabar mana-mana individu untuk mengecam beliau atas tindakan yang dibuatnya itu. Jelas sekali bahawa niatnya adalah untuk membina populariti atas tindakan hasutan dan memecahkan belahkan keharmonian dalam negara.
“Ada lagi tak nak kecam aku? Tak puas lagi ni. Nak famous macam influenza. Nak buat paid RT please”
-@pilgr1ms
Sikap @pilgr1ms yang angkuh dan dahagakan kecaman telah membuat netizen bengang
Tindakan individu mengeluarkan kenyataan tersebut telah meraih sebanyak 86 ulang kicau. Kebanyakan ulang kicau ciapan kontroversi tersebut adalah kecaman daripada netizen terutamanya rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak melabelkan tindakan lelaki ini sebagai serangan rasis. Bahkan ada yang menyamakan tindakannya itu dengan kejadian penghinaan yang dilakukan oleh pempengaruh Malaysia, duriankimchi sebelum ini.
Setakat ini, masih belum ada permohonan maaf dari @pilgr1ms berkenaan dengan penghinaan yang dilemparkannya kepada Sarawak dan juga pahlawan Sarawak. Berhati-hatilah ketika ingin mengeluarkan kenyataan sensitiviti di media sosial, jangan sampai menghina, menghasut dan memecah belahkan rakyat.