• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menyelinap Keluar Dari Kawat Duri Di Kawasan PKPD Sabah, Polis Kini Masih Mencari Wanita Tersebut

Oleh
Nazihah AN
14 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Menyelinap Keluar Dari Kawat Duri Di Kawasan PKPD Sabah, Polis Kini Masih Mencari Wanita Tersebut

Polis masih mengesan keberadaan wanita yang larikan diri dari kawasan PKPD

Menyelinap Keluar Dari Kawat Duri Di Kawasan PKPD Sabah, Polis Kini Masih Mencari Wanita Tersebut. Dilaporkan bahawa, polis masih mengesan keberadaan wanita larikan diri dari kawasan yang dikenakan Perintak Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan menyelinap kawat duri di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu Sabah.

Isi Isi Penting
  • Polis masih mengesan keberadaan wanita yang larikan diri dari kawasan PKPD
  • Dinasihatkan orang ramai yang berada di kawasan PKPD terus mematuhi undang-undang
  • Wanita tidak mengendahkan kata-kata lelaki tersebut dan bertindak untuk meloloskan diri dari kawat besi
  • Lagi di sini:

Telah tular satu video seorang wanita larikan diri dari kawasan PKPD Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu yang telah dimuat naik pemilik akaun @yayanchi menerusi aplikasi Tiktok, semalam. Kawasan berkenaan adalah antara kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam hingga 25 Julai depan.

Menyelinap Keluar Dari Kawat Duri Di Kawasan PKPD Sabah, Polis Kini Masih Mencari Wanita Tersebut. -Datuk Hazani Ghazali

Dinasihatkan orang ramai yang berada di kawasan PKPD terus mematuhi undang-undang

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman berkenaan tular di media sosial. Hasil siasatan mendapati wanita itu tinggal di kawasan berkenaan dan usaha mengesannya masih giat dijalankan.

“Pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan. Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan. Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD,” tegas beliau.

@yayanchi94

PKPD 1st day😤 pendapat netizen of sabahan? #pkpd #bandaran #fyp #tiktokmalaysia #fypシ

♬ Surrender (Kina Remix) – Natalie Taylor

Wanita tidak mengendahkan kata-kata lelaki tersebut dan bertindak untuk meloloskan diri dari kawat besi

Dalam video Tiktok yang berdurasi 0.31 saat dirakam jam 8.30 malam semalam itu, memaparkan wanita berbaju putih dan berseluar jeans sanggup meniarap untuk meloloskan diri dari dawai besi berkenaan sebelum melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.

Difahamkan, individu yang merakam aksi wanita itu mengatakan bahawa perbuatan itu bahaya beberapa kali dan juga mendakwa bantuan makanan akan diagihkan di kawasan tersebut.

Juga difahamkan sebelum rakaman dibuat, lelaki terbabit turut menjerit kepada wanita itu supaya tidak keluar daripada pagar besi berkenaan, bagaimana pun ianya tidak diendahkan oleh wanita tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kedai Gunting Rambut Boleh Dibuka, Berikut Adalah Senarai Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Mulai Hari Ini
Next Article Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?