I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator

Last updated: 14/07/21 5:29 PM
Kedung BK
Kongsi
11 Min Bacaan
Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator
Kongsi

Ketahui beza ‘influencer’, ‘internet celebrity’ dan ‘content creator’

Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator. Baru-baru ini, perkataan ‘influencer’ menjadi tren dan understandably, atas sebab yang negatif.

Secara amnya, jika seseorang mempunyai ribuan pengikut di media sosial mereka, mereka dianggap sebagai ‘influencer’. Istilah ‘influencer’ sering kali kita dengar kerana ia kerap digunakan melabel golongan yang popular di internet tetapi sejauh mana ia tepat? Adakah orang-orang ini benar-benar ‘influencer’ atau mereka hanya selebriti internet? Bagaimana dengan content creator? Adakah mereka juga dianggap sebagai ‘influencer’?

Berikut adalah perbezaan antara ‘influencer’, ‘selebriti internet’, dan ‘content creator’.

Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator

Influencer – Individu yang dapat mempengaruhi audience untuk membeli / membuat sesuatu

Bertentangan dengan kepercayaan popular, ‘influencer’ sebenarnya lebih daripada sekadar wajah cantik / tampan di media sosial. Orang-orang ini tidak hanya memuat naik gambar cantik untuk estetik, tetapi sebenarnya mereka menumpukan perhatian pada engagement dan pembinaan komuniti. Pengikut mereka terdiri daripada orang-orang yang mempercayai cadangan mereka.

Influencer berperanan untuk memasarkan produk. Kredit gambar: EcommercelQ

Bagi mereka yang tidak memahami konsep social media engagement, ia adalah pengukuran komen, likes dan perkongsian post yang dimuat naik dalam media sosial. Semakin besar jumlah pengikut anda dalam media sosial, semakin mudah untuk anda memasarkan sesuatu produk.

Namun, mereka mesti memastikan bahawa pengikut mereka ‘terlibat’ dalam pemasaran mereka. Oleh itu, engagement adalah sangat penting untuk seseorang influencer. Ringkas kata, seseorang yang digelar influencer berfungsi sebagai pemasar untuk produk tertentu yang mereka jual. Oleh demikian, secara teknikal mereka mewakili jenama-jenama yang mengupah mereka untuk memasarkan produk tertentu.

Social media engagement memainkan peranan besar untuk memperluaskan ‘pengaruh’ seorang influencer.

Kadang-kadang, terdapat juga influencer yang berjaya menubuhkan jenama sendiri dan memasarkan jenama mereka sendiri kepada pengikut mereka.

Sebagai perniagaan, kualiti (bukan hanya kuantiti) adalah ciri-ciri kepentingan yang sentiasa diusahakan oleh influencer.

Antara contoh influencer yang terkenal (tempatan dan antarabangsa) ialah:

Khairul Aming – Pengasas Sambal Nyet serta seorang content creator masakan. Kuasa pengaruhnya dalam media sosial begitu besar sehingga jualan Sambal Nyet beliau laris tidak sampai 1 minit setiap kali dilancarkan.

Sambal Khairul Aming sentiasa sold out!

Che Nom – Influencer masakan yang terkenal di YouTube sehingga beliau berjaya mengumpul sebanyak 1 juta pengikut di platform tersebut. Malah, ramai yang memuji resepi beliau yang enak dan mudah selain gaya penyampaiannya yang bersahaja dan tidak melebih-lebih.

Che Nom ialah seorang YouTuber yang terkenal dengan video-video memasaknya.

Soloz – Seorang ‘gaming streamer’ yang meraih populariti kerana kebolehannya bermain permainan tersebut sambil berinteraksi dengan mesra bersama penontonnya. Walaupun banyak streamer lain yang ada di Malaysia, namun aura Soloz ini begitu besar sehingga mampu menarik sebanyak beratus ribu tontonan dalam satu sesi live streaming. Sehingga kini, Soloz mempunyai sebanyak lebih 2 juta pengikut.

Soloz ialah salah seorang gaming streamer yang terkenal.

NgekTsai – Beliau mempengaruhi orang ramai melalui videonya yang bersifat Public Service Announcement (PSA) dan menyelitkan unsur-unsur pengajaran dalam setiap video yang dihasilkan.

Salah seorang public figure terkenal di Sarawak, NgekTsai.

Bretman Rock – Seorang warga Filipin yang kini berpusat di Amerika Syarikat. Dengan 17 juta pengikut, beliau bukan sahaja berkolaborasi dengan beberapa jenama terbesar di dunia (Playboy, Crocs, Morphe dan sebagainya), malah pengaruhnya sangat besar sehingga semua produk yang dihasil oleh beliau bersama jenama-jenama berkenaan sold out tidak sampai beberapa jam bahkan minit.

Bretman Rock memodelkan produknya hasil kerjasama dengan salah satu syarikat make up terbesar di dunia, Morphe.

Alexa Chung – Beliau berpusat di Amerika Syarikat dan dikenali dalam bidang fesyen dan kecantikan di media sosial. Dengan hampir 4 juta pengikut, beliau berjaya menubuhkan fashion line sendiri dan pengaruhnya dalam dunia fesyen sangat meluas, membolehkannya untuk mempromosikan produknya sendiri dan juga produk penaja kepada berjuta-juta orang setiap hari.

Alexa Chung mempunyai pengaruh besar dalam dunia fesyen.

Selebriti internet – individu yang mencapai populariti melalui video viral

Selebriti Internet adalah selebriti yang telah memperoleh atau mengembangkan populariti mereka melalui Internet. Biasanya, orang-orang ini mendapat populariti mereka melalui video viral dan selalunya, mereka hanya relevan untuk jangka masa yang pendek.

Selebriti internet terutamanya ditentukan oleh kemampuan mereka untuk high visibilty tetapi tidak seperti influencer media sosial konvensional, keterlihatan yang tinggi ini boleh dikaitkan dengan populariti, perhatian positif atau negatif, bakat dan kemahiran atau sebaliknya, dan dapat disokong atau sementara, disengaja atau oleh kebetulan, dimonetisasi atau tidak.

Usahawan, Nur Sajat, juga dikategorikan selebriti internet akibat ‘drama’ yang berterusan dengan penguatkuasa undang-undang dan kumpulan agama.

Seringkali apabila sensasi viral baru atau kontroversi internet tiba-tiba muncul, ramai selebriti internet dan influencer berduyun-duyun menghasilkan kandungan yang berkaitan dengan tren dalam usaha untuk terlibat dalam perhatian viral berkenaan sebelum kitaran hidup viral itu hilang.

Contoh selebriti internet yang pernah hangat pada suatu ketika dahulu (atas sebab perhatian positif atau negatif) ialah:

Veveonah Mosibin – Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 18 tahun tular tahun lalu apabila beliau merakam dirinya memanjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk melakukan peperiksaannya. Sepanjang pertengahan tahun lalu, namanya sering dilihat di artikel, berita, dan beliau bahkan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya.

Perjalanan Veveonah untuk mendapatkan capaian internet sehingga memanjat pokok melontar nama beliau ke populariti tahun lepas.

Sugu Pavithra – Seorang YouTuber terkenal dengan kandungan masakannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu. Beliau, bersama suaminya, merupakan house hold name kerana sifat mereka yang rendah hati dan kemampuan mereka untuk bertutur dalam Bahasa Melayu yang fasih dalam video masakan. Sugu Pavithra juga diberikan penghormatan untuk menerima anugerah Ikon Ipoh tetapi beliau menolaknya. Mereka tidak lepas dari kontroversi – suaminya ditangkap tahun lalu kerana mengancam Sugu Pavithra. Sejak kontroversi itu, pasangan itu tidak berbunyi di media sosial dan memadamkan video-video lama mereka di saluran YouTube mereka. Setelah berbulan-bulan mendiamkan diri, Sugu Pavitrha dan suaminya kembali ke platform berkenaan awal tahun ini.

Sugu Pavithra bersama suaminya, M Sugu, terkenal dengan masakan mereka yang mudah dan sedap.

Content Creator – individu / kumpulan yang membuat kandungan

Content creator secara amnya membuat kandungan sama ada dalam bentuk digital atau tradisional. Mereka terkenal kerana membuat kandungan berkualiti profesional yang menakjubkan dan benar-benar menonjol.

Mereka boleh terdiri daripada individu atau berkumpulan, melibatkan jurugambar, videographer, penulis, atau artis visual. Content creator membuat barang-barang hebat demi kandungan, tidak semestinya untuk mendapat pengikut atau membina komuniti.

Jika diringkaskan seperti ini, sesiapa sahaja boleh gelar diri mereka content creator, kan? Well… not really.

Oleh kerana terdapat begitu banyak content creator di internet, the bar is set high jika creators ingin menonjol.

Sebagai contoh, sesiapa sahaja boleh mengambil gambar kucing mereka. Tetapi akaun Instagram seperti @leo.mainecoon dan @furryfritz membawa cat photography to the next level! Siap lengkap dengan kucing berbakat serta jurugambar / pereka grafik yang sama berbakat!

Kredit gambar: leo.mainecoon
Kredit gambar: furryfritz

Namun, tak semestinya anda menjadi jurugambar untuk menjadi content creator. Terdapat juga content creator yang tidak fokus pada gambar tetapi penulisan juga. Golongan ini boleh menghasilkan artikel atau video yang melaporkan berita semasa atau menyampaikan maklumat pendidikan atau untuk menghiburkan.

Saluran Kupi Kupi Go di YouTube sering membuat video yang berpendidikan dan menarik. Kredit: Kupi Kupi Go

Kesemua bidang ini memerlukan individu atau kumpulan tersebut untuk menggunakan peralatan terbaik yang mereka ada untuk membuat kandungan berkualiti. Mempunyai pengikut yang banyak bukan syarat untuk menjadi content creator. Namun, sekiranya content creator tersebut mempunyai pengikut yang banyak, ia adalah satu kelebihan.

Ada jenama yang tidak lihat dengan jumlah pengikut content creator tetapi berminat dengan karya mereka. Kebiasaannya, jenama suka bekerjasama dengan content creator kerana mereka dapat mengembangkan karya kreatif, seperti fotografi produk dan sebagainya.

Antara content creator(s) yang terkenal ialah Buzzfeed, World of Buzz, Says, MLStudios, Kupi Kupi Go, Aiman Samat dan Sofyank96.

Jadi, di mana individu popular media sosial digemari anda dikategorikan?

Sebenarnya, ramai orang mempunyai bakat untuk mencipta kandungan tetapi tidak semua boleh digelar influencer atau content creator profesional pada permulaan kerjaya masing-masing. Ia melibatkan usaha, konsistensi dan kesabaran bagi membina komuniti besar yang menyokong anda serta mempercayai cadangan anda sekiranya anda ingin memasarkan sesuatu.

Untuk membina komuniti serta mendapat kepercayaan pengikut melibatkan usaha, konsistensi dan kesabaran.

Kesimpulannya:

  • Influencer = mampu mempengaruhi pengikut untuk melakukan sesuatu, bahkan membeli barangan mereka
  • Selebriti internet = mendapat populariti melalui video viral dan kebiasaannya hanya popular untuk sementara waktu. Namun, terdapat juga selebriti internet yang mampu mengekalkan pengaruh mereka walaupun fasa populariti mereka sudah berlalu
  • Content creator = mencipta kandungan berkualiti untuk media sosial dan tidak semestinya mempunyai pengikut yang banyak

Dengan mengambil kira penjelasan di atas, mungkin anda dapat mengenal pasti kategori personaliti internet kegemaran anda dengan betul. Adakah mereka influencer? Selebriti internet? Atau content creator?

Semoga penjelasan ini menjadi manfaat untuk anda dan juga membantu anda (jika anda mempunyai perniagaan dan ingin memasarkan perniagaan/produk anda) untuk memilih individu atau kumpulan yang sesuai untuk kempen pemasaran anda.

Kredit gambar: naijagodigital

Lagi di sini:

Kedung BK 14 Julai 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyelinap Keluar Dari Kawat Duri Di Kawasan PKPD Sabah, Polis Kini Masih Mencari Wanita Tersebut Menyelinap Keluar Dari Kawat Duri Di Kawasan PKPD Sabah, Polis Kini Masih Mencari Wanita Tersebut
Next Article Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?