• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo

Oleh
Husna Hazmi
9 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bau buah terap yang harum ini sungguh memikat!

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo. Buah Artocarpus Odoratissimus yang juga dikenali sebagai Buah Terap, Buah Marang, Oak Johey, Green Pedalai, Madang, Tarap atau Timadang merupakan buah jarang ditemui dan semakin hari semakin popular.

Isi Isi Penting
  • Bau buah terap yang harum ini sungguh memikat!
  • Pokok buah terap ini juga berkait rapat dengan pokok nangka, cempedak dan sukun
  • Buah terap yang sudah masak sangat mudah dikopek
  • Pokok ini boleh membesar sehingga ketinggian 100 kaki
Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo

Pokok buah terap ini juga berkait rapat dengan pokok nangka, cempedak dan sukun

Pokok buah terap ini berasal dari Borneo, Palawan dan Pulau-pulau sekitar Mindanao, Filipina. Pokok buah terap ini juga berkait rapat dengan pokok nangka, cempedak dan sukun yang semua tergolong dalam genus yang sama iaitu kumpulan Artocarpus.

Di Sabah, buah ini digelar sebagai buah tarap manakala di Sarawak penduduk tempatan menggelar buah ini sebagai buah terap. Di Malaysia, buah ini hanya boleh ditemui di Sabah dan Sarawak sahaja.

Oleh itu, ianya agak underrated dan ramai yang belum mengetahui tentangnya. Sekali pandang, luaran buah ini seakan-akan buah nangka, buah sukun dan juga buah cempedak tetapi bentuknya lebih bulat dan juga kulitnya lebih lembut.

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
Buah Terap
Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
Buah Cempedak
Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
Buah Sukun

Buah terap yang sudah masak sangat mudah dikopek

Buah terap yang sudah masak sangat mudah dikopek, anda tidak perlu mengguna pisau untuk mengambil isi buah ini. Isi buah terap berwarna putih susu dan rasanya pula lemak manis dan sangat harum.

Seperti buah durian, buah ini juga dilarang untuk dibawa ke hotel pinginapan kerana baunya yang amat kuat. Penduduk tempatan pula amat suka dengan bau buah terap yang sudah masak ini, tetapi bagi mereka yang tidak biasa, baunya mungkin agak terlalu kuat bagi mereka.

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo

Pokok ini boleh membesar sehingga ketinggian 100 kaki

Pokok buah terap mempunyai daun yang lebar dan berbulu kasar. Pokok ini boleh membesar sehingga ketinggian 30 meter (100 kaki) dan mengambil masa 5 tahun untuk berbuah setelah ditanam. Buah terap ini termasuk dalam keluarga Moraceae dan dikenalpasti sebagai antara pokok buah eksotik hutan Borneo yang tumbuh merata di seluruh daratan pulau ini.

Biji buah terap ini cuma sebesar biji kopi dan ianya boleh dimakan dengan menggorengkannya tanpa minyak. Rasanya seperti kacang tanah!

Oleh kerana buah ini bermusim (setahun sekali) dan mempunyai permintaan yang tinggi daripada masyarakat ianya membuatkan harganya semakin meningkat. Jadi kalau tiba musim buah terap tak lama lagi, boleh lah kita menikmati keenakan buah ini!

Lagi di sini buah unik yang hanya dijumpai di Pulau Borneo:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau
Next Article Minat Aktiviti Berkhemah Tapi Tak Ada Khemah? Anda Boleh Menyewa Dari Kumpulan Ini Minat Aktiviti Berkhemah Tapi Tak Ada Khemah? Anda Boleh Menyewa Dari Kumpulan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?