• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau

Oleh
Husna Hazmi
9 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Semoga penjenayah seksual ini mendapat hukuman yang setimpal!

Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau. Dilaporkan bahawa, seorang gadis kurang upaya (OKU) berusia hanya 14 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya sendiri dan juga seorang lelaki warga asing di Julau, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin, laporan berhubung dakwaan kejadian tersebut diterima pada 5 Jun lepas daripada ibu mangsa.

Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau
Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau

Ibu mangsa membuat laporan polis

Beliau berkata, pada 4 Jun jam 6.45 petang, ibu kepada gadis OKU tersebut telah mengesyaki anaknya telah dicabul oleh seorang lelaki warga asing justeru terus membuat laporan polis.

Hasil daripada siasatan lanjut kes, dipercayai bahawa mangsa juga turut dirogol bapa tirinya sendiri. Perbuatan keji tersebut telah dilakukan oleh dua suspek dan suspek terus ditahan oleh pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Julau, jelas beliau.

Sehubungan itu beliau berkata bahawa permohonan tahanan reman telah dibuat ke atas kedua-dua suspek untuk membantu siasatan lanjut polis.

Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau

“Pihak Mahkamah Sarikei telah meluluskan permohonan tahanan reman ke atas kedua-dua suspek selama tujuh hari di lokap Balai Polis Julau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan bagi kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Manakala, bagi kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama, DSP Andam Sulin menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelaku jenayah kekerasan, terutamanya jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan berharap masyarakat bersama-sama bertanggungjawab dalam menangani jenayah rogol dan keganasan seksual secara efektif.

Menyedihkan! Kes rogol gadis bawah umur semakin menjadi-jadi di Sarawak:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya
Next Article Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?