• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Merapatkan Jurang Antara Kaum, UiTM Kekal Fokus Pada Bumiputera 

Oleh
Farisha
26 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Polisi UiTM untuk bumiputera masih diperlukan, kata Menteri Pengajian Tinggi

Merapatkan Jurang Antara Kaum, UiTM Kekal Fokus Pada Bumiputera. Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengutamakan pelajar Melayu, Orang Asli dan anak-anak pribumi Sabah dan Sarawak masih diperlukan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyatakan bahawa laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan masih wujud ketidakseimbangan ekonomi melibatkan Bumiputera dari segi pendapatan bulanan purata, pemilikan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga kerja mahir dan kelayakan profesional.

Merapatkan Jurang Antara Kaum, UiTM Kekal Fokus Pada Bumiputera
Merapatkan Jurang Antara Kaum, UiTM Kekal Fokus Pada Bumiputera

Beliau menegaskan bahawa kadar kemiskinan mutlak dalam kalangan Bumiputera masih memerlukan usaha berterusan untuk diperbaiki.

“Penubuhan UiTM sendiri adalah respons kepada kekurangan profesional terlatih, terutamanya dalam kalangan Bumiputera di Malaysia, yang kebanyakannya terlibat dalam pekerjaan tidak mahir pada masa itu.

“Dengan penubuhan UiTM, lebih ramai anak-anak Bumiputera berpeluang melanjutkan pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jawatan dalam sektor awam dan industri.

“Ini penting untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan mengubah nasib mereka di Malaysia, termasuk dalam sektor profesional seperti doktor, akauntan, peguam, jurutera dan lain-lain,” katanya menurut laporan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan bukan Bumiputera belajar di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.

Zambry menambah bahawa UiTM adalah universiti awam yang ditubuhkan di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 1A Akta UiTM 1976 [Akta 173].

Beliau menjelaskan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan merangkumi kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk menetapkan kuota bagi orang Melayu, anak-anak pribumi Sabah dan Sarawak, yang menjadi asas agenda Bumiputera untuk pengambilan pelajar di UiTM.

Baca juga artikel yang berkaitaan:

Selepas Menempa Nama, Ahli MKT UMNO Persoal Cadangan Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera
Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15 AirAsia Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15
Next Article Lelaki Tanpa Baju Berkeliaran Mengayun Parang Di Jalan Likas Sabah Buat Netizen Panik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?