• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan

Oleh
Husna Hazmi
30 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Semoga tindakan sewajarnya dikenakan ke atas pensyarah itu.

Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan. Dipetik daripada Harian Metro, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular di Twitter memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan
Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan

Kini dalam penelitian untuk mengenakan tindakan

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, pihaknya kini dalam penelitian untuk mengenakan tindakan terhadap pensyarah berkenaan.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” jelas beliau ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di Shah Alam pada hari ini.

Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan
Kredit gambar: Harian Metro

Merupakan seorang pensyarah yang bagus

Dalam masa yang sama, Roziah juga turut berkata bahawa pensyarah tersebut merupakan seorang pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.

Beliau turut menambah , UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini, baca di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kontinjen Sarawak Akan ‘Berjuang’ Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan Kontinjen Sarawak Akan Berjuang Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan
Next Article Meskipun Negara Kini Berada Dalam Fasa Peralihan Endemik, Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan Meskipun Negara Kini Berada Dalam Fasa Peralihan Endemik, Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?