• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadi Mercu Tanda Baharu, Monumen KM0 Kuching Bakal Diletakkan Di Tiga Lokasi Ini

Oleh
Nazihah AN
10 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Jadi Mercu Tanda Baharu, Monumen KM0 Kuching Bakal Diletakkan Di Tiga Lokasi Ini

Monumen berketinggian dua meter dan tiga meter lebar itu bakal menjadi mercu tanda baharu di Kuching.

Jadi Mercu Tanda Baharu, Monumen KM0 Kuching Bakal Diletakkan Di Tiga Lokasi Ini. Premier Sarawak telah melancarkan Monumen KM0 Kuching untuk menandakan Ulang Tahun ke-50 RISM Sarawak

Pada 9 Mei 2024, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan Monumen KM0 Kuching sempena sambutan ulang tahun ke-50 Cawangan RISM Sarawak.

Jadi Mercu Tanda Baharu, Monumen KM0 Kuching Bakal Diletakkan Di Tiga Lokasi Ini

Jadi Mercu Tanda Baharu, Monumen KM0 Kuching Bakal Diletakkan Di Tiga Lokasi Ini

Majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo itu turut menyaksikan penyingkapan rekaan Monumen KM0.

Pengerusi Cawangan RISM Sarawak, Sharlene Toh berkata mereka mencadangkan penubuhan ‘Monumen KM0 Kuching’ bagi mengembalikan sejarah yang terlupai.

“Ia melambangkan peranan penting jurukur dalam mengukur dan memetakan bentuk muka bumi kita,” katanya.

Mengikut kenyataan media Cawangan RISM Sarawak, rekaan Monumen KM0 itu menyerupai dua ekor kucing memegang papan tanda KM0, menggambarkan jolokan Kuching sebagai ‘Bandar Kucing’.

Menurut Institusi Juruukur Diraja Sarawak (RISM) Cawangan Sarawak dalam satu kenyataan, tiga lokasi telah dikenal pasti untuk menjadi KM0 baharu Kuching.

Ia terletak berhampiran Mahkamah Lama, berhampiran Jambatan Darul Hana, dan berhampiran Jalan Gambier.

Monumen KM0 menandakan lokasi tertentu di ibu negara yang menjadi titik asal bagi pengukuran jarak, seperti Milliarium Aureum atau Batu Tanda Batu Mil di Rom purba yang menandakan titik asal bagi mengukur jarak di seluruh Empayar Rom.

SUMBER :The Borneo PostDayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Ikut Waze, Lelaki Ditemui Menangis Selepas Sesat 6 Jam Dalam Hutan
Next Article Bakal Buru Gelaran Juara Keseluruhan, Sarawak Setuju Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024 Bakal Buru Gelaran Juara Keseluruhan, Sarawak Setuju Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?