• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

7 Mesin Dialisis Baharu Untuk Hospital Queen Elizabeth, Pesakit B40 Terima Rawatan Percuma Setahun

Oleh
Farisha
9 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Mesin dialisis baharu, rawatan percuma untuk pesakit buah pinggang di QEH sabah

7 Mesin Dialisis Baharu Untuk Hospital Queen Elizabeth, Pesakit B40 Terima Rawatan Percuma Setahun. Usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela diteruskan lagi dengan berita baik buat pesakit buah pinggang di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, telah mengumumkan sumbangan tujuh mesin dialisis baharu berserta bahan guna habis (consumables) kepada Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu.

7 Mesin Dialisis Baharu Untuk Hospital Queen Elizabeth, Pesakit B40 Terima Rawatan Percuma Setahun
7 Mesin Dialisis Baharu Untuk Hospital Queen Elizabeth, Pesakit B40 Terima Rawatan Percuma Setahun. Gambar hiasan.

Sumbangan ini akan memanfaatkan seramai 48 pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir serta 617 pesakit yang menjalani rawatan dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD). Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah skim bantuan kesihatan SMJ Sabah Sejahtera.

Rawatan haemodialisis percuma selama setahun

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew, yang turut memaklumkan perkara ini selepas Mesyuarat Kabinet, para pesakit terbabit juga bakal menerima rawatan haemodialisis percuma selama satu tahun penuh.

“Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam usaha meningkatkan kemudahan kesihatan di hospital kerajaan. Menjaga kesejahteraan rakyat, khususnya mereka yang kurang berkemampuan, adalah keutamaan kami,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Christina, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, memaklumkan bahawa beliau akan menyerahkan mesin-mesin baharu ini kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman, pada bulan hadapan.

Mesin banyak, tapi sebahagiannya rosak

Dr Maria dalam kenyataannya memaklumkan bahawa sumbangan tersebut sangat membantu, khususnya bagi pesakit dari kategori pendapatan B40 yang sering berdepan cabaran kewangan dalam mendapatkan rawatan berkala.

Ketika ini, terdapat 474 mesin dialisis di 23 hospital kerajaan dan dua klinik kesihatan di seluruh negeri, namun hanya 435 yang berfungsi dengan baik, manakala selebihnya mengalami kerosakan dan menunggu penyelenggaraan.

Beliau turut mendedahkan bahawa seramai 1,336 pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir sedang menjalani rawatan haemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di fasiliti kesihatan kerajaan di Sabah.

Komitmen terhadap kesejahteraan rakyat

Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sistem kesihatan awam yang lebih inklusif dan menyeluruh, terutama sekali kepada golongan kurang berkemampuan.

Langkah seperti ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kos rawatan pesakit, malah turut meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan awam untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Jika anda atau ahli keluarga memerlukan maklumat lanjut mengenai bantuan di bawah SMJ Sabah Sejahtera, sila kunjungi hospital kerajaan terdekat atau hubungi pejabat wakil rakyat kawasan anda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

3.5 Juta Rakyat Sabah Bakal Terima Insurans Percuma Mulai 1 Mei Ini
Yayasan Sabah Tawar Rebat Pinjaman Hingga 100% Kepada Pelajar Cemerlang KTYS Dan UCSF
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pura-Pura Membantu, Lelaki OKU Dipenjara 7 Bulan Selepas Curi Duit Warga Emas Dan Lelaki Buta
Next Article SAPP Saran Sabah Perkenal Kad Pengenalan Khas Untuk Warganegara Malaysia Asal Sabah SAPP Saran Sabah Perkenal Kad Pengenalan Khas Untuk Warganegara Malaysia Asal Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?