• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Meskipun Negara Kini Berada Dalam Fasa Peralihan Endemik, Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan

Oleh
ILB - AI
30 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Meskipun Negara Kini Berada Dalam Fasa Peralihan Endemik, Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan

Aplikasi MySejahtera masih diperlukan apabila Malaysia sudah berada dalam fasa peralihan endemik

Meskipun Negara Kini Berada Dalam Fasa Peralihan Endemik, Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan. Dilaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyatakan bahawa aplikasi MySejahtera masih diperlukan apabila Malaysia sudah beralih ke fasa peralihan endemik.

Meskipun Negara Kini Berada Dalam Fasa Peralihan Endemik, Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan

“Bukan untuk merekodkan lokasi pengguna,” – Khairy

Menurut laporan, aplikasi MySejahtera masih diperlukan walaupun Malaysia beralih ke fasa peralihan endemik bagi tujuan kesihatan awam.

Tambahnya lagi, aplikasi tersebut bukan bertujuan untuk merekodkan lokasi pengguna tetapi disebaliknya untuk mengesan kontak rapat kes positif Covid-19 bagi tindakan lanjut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, telah menyatakan bahawa aplikasi MySejahtera masih diperlukan walaupun Malaysia berada dalam fasa peralihan endemik. Kredit foto: MalaysiaNow

“Kita belum masuk ke fasa endemik tetapi ke fasa peralihan endemik, nak ke endemik jauh sangat. Kita masih ada ribuan jangkitan setiap hari.”

ujarnya lagi.

Katanya, aplikasi MySejahtera masih berfungsi bagi memberitahu pengguna jika mereka telah jadi kontak rapat.

“Dulu mereka yang kontak rapat diminta asingkan diri dan sekarang kontak rapat cuma diminta semak ada gejala atau tidak”

tambahnya lagi.

Penggunaan aplikasi mungkin akan dimansuhkan dalam beberapa bulan

Menurut Khairy lagi, penggunaan aplikasi MySejahtera mungkin akan dimansuhkan dalam masa beberapa bulan lagi – ini bergantung kepada sama ada keadaan kes di Malaysia adalah stabil.

Kredit foto: Malay Mail

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menyatakan bahawa masyarakat dibebani dengan mekanisme pengawasan disebabkan penggunaan aplikasi MySejahtera yang seolah-olah menceroboh privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka, Khairy menafikan kenyataan tersebut.

Katanya, aplikasi MySejahtera bertujuan untuk kesihatan awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahu bila untuk menghentikan penggunaan aplikasi berkenaan.

“Ia bukan semata-mata untuk mengetahui pengguna pergi ke mana. Mungkin dalam tempoh sebulan dua lagi, apabila keadaan sudah semakin stabil, mungkin waktu tersebut sesuai untuk menghentikan penggunaan MySejahtera.”

ujarnya lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan
Next Article Kecuali Untuk Perkhidmatan Penting, Kerajaan Brunei Umum Pintu Sempadan Ditutup Sehingga 15 April Kecuali Untuk Perkhidmatan Penting, Kerajaan Brunei Umum Pintu Sempadan Ditutup Sehingga 15 April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?