• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Meskipun Tiada Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya

Oleh
ILB - AI
17 September 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Meskipun Tiada Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya

Bagi bapa ini, ia lebih bermakna jika dia sendiri yang menjahit gaun anak perempuannya

Meskipun Kurang Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya. Seorang bapa dari Jiangxi, China menunjukkan kasih sayang terhadap anak perempuannya dengan cara lain.

Isi Isi Penting
  • Bagi bapa ini, ia lebih bermakna jika dia sendiri yang menjahit gaun anak perempuannya
  • Bermotivasi untuk memberikan kenangan masa kecil terindah kepada anak
  • Mengambil inspirasi dari tempat mereka pergi
  • Pada awalnya, Xu tidak mahu orang lain tahu bahawa gaun dipakai anaknya adalah hasil kerjanya kerana takut dikecam
  • Merancang untuk membuat lebih banyak gaun untuk anaknya

Xu Ruiqin sanggup membelajari kemahiran menjahit agar beliau boleh membuat pelbagai jenis gaun untuk anaknya.

Meskipun Tiada Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya

Bermotivasi untuk memberikan kenangan masa kecil terindah kepada anak

Xu mula menjahit apabila beliau diwariskan sebuah mesin jahit dari ibunya. Pada masa ini, anaknya berusia 4 tahun.

“Saya tidak pandai menjahit. Saya hanya mencuba dan bertambah baik sendiri. Saya hanya nak anak saya untuk ingat tempat-tempat kami dua pergi dan semua aktiviti kami buat bersama, serta memberinya beberapa kenangan masa kecil yang indah,” katanya.

Xu bukan sahaja menjahit, malah beliau juga potong fabrik, mereka pakaian itu, dan juga menyolek muka anaknya ketika membuat penggambaran.

Xu membuat semua dari menggunting fabrik hingga menjahit. Kredit: SCM

Mengambil inspirasi dari tempat mereka pergi

Menurut Xu, beliau mendapat inspirasi gaun dari tempat mereka pergi. Malah, pernah sekali beliau menghasilkan sebuah gaun Hanfu (pakaian tradisional Han Cina) dalam masa sehari untuk dipakai anaknya ke sebuah kampung kuno.

Xu mengambil masa satu hari untuk menyiapkan pakaian tradisional Han untuk dipakai oleh anaknya semasa lawatan ke sebuah kampung kuno. Kredit: SCM

Terdapat juga gaun yang mengambil masa beberapa minggu untuk dibuat, terutamanya gaun yang mempunyai labuci dan manik di mana ia perlu dijahit satu per satu.

Xu menjahit. Kredit: SCM

Xu mahir membuat pelbagai jenis gaun dan mengatakan bahawa anaknya suka gaun lolita.

“Gaun lolita paling susah dibuat. Anak saya suka gaun lolita, dan prosesnya sangat merumitkan. Gaun ini mempunyai banyak hiasan, termasuk renda dan ruffle jadi ia akan mengambil masa lama dan banyak kerja,” ujarnya lagi.

Gaun lolita kegemaran anaknya. Kredit: SCM

Pada awalnya, Xu tidak mahu orang lain tahu bahawa gaun dipakai anaknya adalah hasil kerjanya kerana takut dikecam

Walaupun Xu bangga dengan hasil kerjanya, beliau berkata pada awalnya beliau tidak mahu orang lain tahu tentang perkara ini.

“Saya membesar dalam persekitaran di mana orang tidak berfikiran terbuka dan tak sanggup menerima perkara baru. Tiada orang pernah melakukan ini sebelum ini jadi saya tidak mahu orang lain mengetahui saya menjahit gaun. Saya takut saya akan dikecam,” katanya lagi.

Xu tidak mahu orang lain tahu bahawa beliau yang menjahit gaun anaknya kerana takut dikecam. Kredit: SCM

Saudaranya kemudian mendorongnya untuk memuat naik video prosesnya secara online. Xu berpendapat rakaman video ini memotivasikan beliau untuk menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab.

“Dulu, saya hanya memuat naik perkara yang saya hanya nak kongsi. Tetapi dengan lebih banyak pengikut dari pelbagai umur dan jantina, saya lebih memberi perhatian kepada bagaimana saya nak mengajar anak saya seperti bagaimana berkomunikasi sesama diri. Saya tidak mahu memberikan contoh yang buruk,” ujarnya lagi.

Merancang untuk membuat lebih banyak gaun untuk anaknya

Xu kini sedang merancang untuk membuat lebih banyak gaun tradisi Cina untuk anaknya dan kekal memuat naik video. Beliau berharap video-video tersebut akan menangkap kenangan terindah mereka bersama agar apabila anaknya sudah menjadi dewasa, dia boleh melihat kembali semua benda mereka buat bersama.

“Dia boleh juga tunjuk video-video ini kepada anaknya sendiri agar dia boleh menjadi seorang ibu yang baik,” katanya.

Xu berharap video mereka bersama dapat menangkap kenangan terindah mereka agar anaknya boleh lihat kembali video-video itu apabila sudah dewasa. Kredit: SCM

Para bapa akan sentiasa melayan anak perempuan mereka seperti puteri – Bapa ini sebaliknya membuat dress untuk anak perempuannya sehingga dia benar-benar dapat merasa seperti seorang puteri!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua
Next Article Akibat Cabut Gigi Pesakit Di Atas ‘Hoverboard’, Doktor Dipenjara 12 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?