• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tekanan Rendah Berpotensi Jadi Lekukan Tropika, METMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
22 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Hujan lebat berterusan dan angin kencang dijangka berlaku

Tekanan Rendah Berpotensi Jadi Lekukan Tropika, METMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Di Sarawak. Sarawak kini sedang berdepan dengan ancaman cuaca buruk apabila satu sistem tekanan rendah terbentuk di perairannya pada petang 20 Disember 2024. Menurut laporan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), sistem ini berpotensi meningkat menjadi lekukan tropika dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang.

Apa yang membimbangkan, sistem ini dijangka bergerak ke utara menuju ke tengah Laut China Selatan sambil memperkuatkan luruan monsun yang sedang melanda. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat tanpa henti, angin kencang, dan laut bergelora di kawasan Sarawak, WP Labuan, Sabah, serta perairan Laut China Selatan sehingga 24 Disember 2024.

Tekanan Rendah Berpotensi Jadi Lekukan Tropika, METMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Di Sarawak
Tekanan Rendah Berpotensi Jadi Lekukan Tropika, METMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Di Sarawak

Amaran hujan berterusan dan laut bergelora
MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) untuk kawasan-kawasan tersebut sehingga 22 Disember 2024. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora pula akan berkuat kuasa sehingga 24 Disember 2024.

Pihak MET Malaysia memberi jaminan bahawa kemas kini mengenai keadaan cuaca akan diberikan dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini.

Tekanan Rendah Berpotensi Jadi Lekukan Tropika, METMalaysia Beri Amaran Hujan Lebat Di Sarawak

Orang ramai sentiasa berwaspada

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial rasmi MET Malaysia. Elakkan menyebarkan berita palsu untuk mengelakkan kekeliruan.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai, pastikan anda bersedia menghadapi kemungkinan banjir kilat. Mereka yang merancang perjalanan laut juga dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan kembali selamat.

Stay safe, guys! Musim tengkujuh bukan main-main, jadi ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca.

Lagi berita terkini di Sarawak untuk anda:

Gangguan Elektrik Besar-Besaran Di Sarawak Cetus Kerisauan, Ahli Parlimen Stampin Mohon Penjelasan
Hampir Seluruh Sarawak Alami Gangguan Elektrik, SEB Sahkan Punca Dari Bakun HEP
SUMBER :FB METMalaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Adat Pantang Larang Bajau Semporna, Tradisi Yang Tetap Hidup Dalam Arus Moden
Next Article Kapal Layar Russia Terkandas Di Pantai Kuala Oya, Semua Kru Selamat Selepas Cuaca Buruk Melanda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?