• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini

Oleh
Nazihah AN
10 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini

Penduduk dinasihatkan untuk tidak turun ke laut buat masa ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Dilaporkan menerusi laman rasmi MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah yang dijangka akan berlaku.

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama mulai esok (Rabu, 12 Oktober 2022) sehingga Sabtu ini, 15 Oktober 2022.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini
MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Gambar sekadar hiasan

MetMalaysia keluarkan peringkat amaran kategori pertama

Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam tempoh yang sama, untuk Seksyen B iaitu untuk perkapalan turut dinasihatkan untuk berhenti melakukan apa-apa aktiviti di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan juga Palawan.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini
MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Gambar sekadar hiasan
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02s6zwrH5GyZrv4CM6hzE8bvn8NTmwG7HD8443XnKpV5fH2RJiDkXwGd2EbKxBbgcNl

Orang ramai disarankan untuk sentiasa peka dan mengambil tahu tentang keadaan cuaca

Pihak MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ini pada pukul 2.00 petang semalam, agar penduduk bersiap-sedia untuk menghadapi bencana alam tersebut.

Apa-apa aktiviti rekreasi dan sukan laut turut dinasihatkan untuk berhenti seketika sehingga keadaan reda. Para nelayan juga turut dinasihatkan agar tidak turun ke pantai untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini
.MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini. Sumber: Malaysian Meteorological Department

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk peka dan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan cuaca terkini. Anda boleh melayari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, ataupun menerusi laman facebook rasmi Malaysia Meteorological Malaysia untuk perkembangan semasa ramalan cuaca di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini terdapat beberapa tempat di Sarawak turut dinaiki air dan hujan lebat hingga menyebabkan tanah runtuh. Lihat pautan di bawah:

Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir
Paras Air Sungai Di Sarawak Catat Peningkatan, Telah Lepasi Tahap Bahaya
SUMBER :MetMalaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PM Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran 'Datuk Patinggi' Dari TYT Sarawak PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak
Next Article Stres Kerja Seharian, 3 Pusat Medispa Sekitar Kuching Anda Harus Kunjungi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?