• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak

Oleh
Nazihah AN
9 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
PM Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran 'Datuk Patinggi' Dari TYT Sarawak

Majlis istiadat telah berlangsung petang tadi

PM Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-86 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, petang tadi.

Telah dilaporkan dari media tempatan, Datuk Seri Ismail Sabri menerima anugerah itu dalam istiadat yang diadakan hari ini sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-86.

PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran 'Datuk Patinggi' Dari TYT Sarawak
PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak. Sumber: Theborneopost

Beliau juga telah mendahului daripada 846 penerima darjah kebesaran negeri pada hari ini.

Beliau hari ini telah dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran “Datuk Patinggi”.

Berpakaian pakaian tradisional Melayu hitam, Perdana Menteri Malaysia diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menaiki pentas untuk menerima anugerah itu.

PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran 'Datuk Patinggi' Dari TYT Sarawak
Sumber: BERNAMA

Anugerah itu disampaikan dalam istiadat yang telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Miri.

Istiadat yang bermula pada jam 5.15 petang hingga jam 5.30 petang itu turut dihadiri, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Isteri TYT Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, serta menteri kabinet negeri dan lain-lain orang kenamaan turut hadir isitiadat petang tadi.

PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran 'Datuk Patinggi' Dari TYT Sarawak
Sumber: BERNAMA

Lagi artikel menarik yang anda mungkin minat. Lihat pautan di bawah:

Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan – Abang Jo
Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo Sering Dalam Mitos Borneo, Ini Mungkin Penjelasan Kewujudan Harimau Borneo
Next Article MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah Mulai Rabu Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?