• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995

Oleh
Ismail NA
14 Mei 2022
Kongsi
10 Min Bacaan

Nahas pesawat dahsyat di Malaysia pada zaman 90-an.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995. Pada tanggal 15 September 1995, satu nahas melibatkan kapal terbang jenis Fokker milik Malaysia Airlines telah meninggalkan bekas hitam dalam sejarah penerbangan negara. Tragedi malang tersebut berlaku di Kampung Sri Menanti yang terletak berhampiran hujung landasan lapangan terbang Tawau, Sabah.

Isi Isi Penting
  • Nahas pesawat dahsyat di Malaysia pada zaman 90-an.
  • Penumpang di ambang maut, sempat menjerit meminta pertolongan sebelum pesawat meletup
  • Seramai 34 individu dalam pesawat Fokker 50 meninggal dunia dalam keadaan rentung
  • Juruterbang cuba hentikan pesawat hingga bahagian depan pesawat melambung beberapa kali sebelum rempuh kawasan kampung
  • Salah seorang mangsa terselamat begitu panik sehingga terus tempah teksi pulang ke rumah
  • Mangsa maut akibat terhidu asap tebal
  • Hasil siasatan hanya diketahui 3 tahun kemudian
  • Kronologi ringkas nahas pesawat Fokker 50 Malaysia Airlines di Tawau Sabah 1995
  • Baca juga :

Tiada siapa menyangka bahawa itulah kali terakhir pesawat Fokker 50 Malaysia Airlines akan terbang di udara. Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah pada jam 12.45 tengah hari.

Sekitar jam 12.55 tengah hari Jumaat itu, kapal terbang jenis Fokker 50 milik Malaysia Airlines pada awalnya tampak tenang untuk melakukan pendaratan di landasan 35, Lapangan Terbang Tawau, Sabah. Namun demikian, suasana kecoh mula menyelubungi lapangan terbang Tawau dan kampung setinggan di hujung landasan apabila kapal terbang tersebut dilihat tidak mendarat seperti biasa. Sewaktu mendarat, ia terus bergerak laju sehingga terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kira-kira 20 buah rumah kampung setinggan berdekatan iaitu Kampung Sri Menanti.

Pesawat tersebut terhempas betul-betul di atas tapak stor Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kampung Seri Menanti, Tawau.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995
Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995. Sumber foto : Datu Ruslan via Berita Harian

Penumpang di ambang maut, sempat menjerit meminta pertolongan sebelum pesawat meletup

Salah seorang penduduk kampung, Arsad Majahalli, menyaksikan tragedi tersebut betul-betul di depan matanya pada waktu itu. Badan pesawat tersebut terputus dua, manakala sebelah sayapnya menghala ke atas dengan sebelah lagi hancur akibat dihimpit badan pesawat.

Penduduk kampung dikejutkan dengan satu bunyi letupan kuat daripada pesawat tersebut sehingga menyebabkan penduduk kampung lari bertempiaran menyelamatkan diri. Mereka hanya mampu melihat dari jauh kerana bimbang pesawat tersebut meletup. Apatah lagi bau minyak tanah begitu kuat menusuk hidung. Menurut mangsa yang terselamat, situasi cemas tersebut menyebabkan penumpang yang panik dan ketakutan dalam pesawat tersebut menjerit meminta pertolongan sambil menangis-menangis mengenang nyawa mereka di hujung tanduk. Kelihatan api mula membakar dengan marak di bahagian depan pesawat serta bahagian kanan pesawat.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Kampung Setinggan Tawau Pada Tahun 1995
Sumber : Harian Metro

Penduduk kampung yang tidak menyangka kejadian tersebut akan berlaku pada hari tersebut pastinya dipahat dengan rasa trauma apabila menyaksikan sendiri nasib penumpang yang menjerit meminta pertolongan di kala berada di ambang bahaya. Kira-kira jam 1 tengah hari, seramai 19 orang sempat keluar menyelamatkan diri daripada pesawat tersebut melalui pintu kecemasan. Bercerita dengan lebih lanjut, masih jelas dalam ingatan Arsad bagaimana seorang lelaki berusia 20-an sempat dilihatnya keluar dari pesawat namun kembali semula ke dalam untuk menyelamatkan neneknya. Namun, mereka tidak lagi kelihatan selepas itu kerana pesawat terus meletup.

5 minit kemudian, api terus menjulang sehingga menyebabkan badan pesawat meletup sepenuhnya. Tempias letupan pesawat tersebut turut mengakibatkan kebakaran rumah penduduk di Kampung Sri Menanti. Serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke serata tempat sehingga mencederakan beberapa penduduk kampung yang sedang dalam usaha menyelamatkan diri. Beberapa orang penduduk juga dikatakan melecur akibat bahang api yang marak daripada letupan itu. Seorang penduduk terkorban akibat serangan jantung berikutan terlalu terkejut dengan apa yang berlaku.

Seramai 34 individu dalam pesawat Fokker 50 meninggal dunia dalam keadaan rentung

Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 1.06 petang. Sebanyak 3 jentera dengan kekuatan 26 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 1.10 petang untuk memadam kebakaran. Pasukan bomba ini juga dibantu oleh 4 jentera bomba lapangan terbang. Usaha menyelamat mangsa juga turut dijalankan pada waktu itu.

Tepat pada jam 2.50 petang, mayat pertama daripada pesawat Fokker 50 dikeluarkan dalam keadaan rentung. Lebih mendukacitakan, seramai 34 orang individu daripada 53 orang penumpang keseluruhan, meninggal dunia dalam nahas tersebut dan disahkan rentung. Dalam masa yang sama, 10 orang penduduk kampung setinggan itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tawau. Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.30 petang. Majlis Perbandaran Tawau beberapa hari kemudian mengesahkan bahawa sebanyak 53 buah rumah yang menjadi tempat 62 buah keluarga berlindung musnah sepenuhnya.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Kampung Setinggan Tawau Pada Tahun 1995
Keratan akhbar Berita Harian yang melaporkan kejadian tersebut pada tahun 1995. Sumber : Berita Harian

Juruterbang cuba hentikan pesawat hingga bahagian depan pesawat melambung beberapa kali sebelum rempuh kawasan kampung

Menurut penumpang yang terselamat, mereka mula menyedari akan berlaku kemalangan beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan kerana pesawat tersebut kelihatan meluncur laju dan melebihi jarak pendaratan memandangkan landasan tersebut pendek. Akibat situasi yang tidak terkawal itu, pesawat tersebut akhirnya melanggar pagar landasan dan merempuh kawasan kampung. Juruterbang juga dipercayai cuba untuk menghentikan pergerakan pesawat sehingga menyebabkan bahagian hadapan pesawat melambung beberapa kali.

Dikhabarkan, penumpang yang berjaya menyelamatkan diri adalah penumpang di bahagian belakang dan berhampiran pintu kecemasan.

Salah seorang mangsa terselamat begitu panik sehingga terus tempah teksi pulang ke rumah

Walau bagaimanapun, pada hari kejadian, seorang mangsa tidak ditemui oleh pihak penyelamat. Ramai yang menyangka bahawa individu ini turut meninggal dunia dalam nahas tersebut. Tetapi hakikatnya, individu ini rupanya antara salah seorang mangsa daripada 19 mangsa yang berjaya keluar dari pintu kecemasan sebelum pesawat itu meletup. Mangsa yang dikenali sebagai Haruni Ladai itu terus menahan teksi sebaik sahaja keluar dari pesawat dan bergegas pulang ke rumahnya dalam keadaan terkejut dan panik. Rumahnya terletak di Kampung Tanjung Batu Darat, kira-kira 5 km dari tempat kejadian dan Haruni antara yang bernasib baik dapat bertemu semula dengan keluarga selepas berselisih ajal.

Menyedari bahawa namanya disenaraikan dalam senarai mangsa yang terkorban, Haruni segera tampil melapor diri kepada pihak petugas di Hospital Tawau bagi mengesahkan statusnya sebagai mangsa terselamat. Dengan itu, urusan mencari dan menyelamat dihentikan serta merta dengan jumlah korban tetap pada angka 34 orang.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Kampung Setinggan Tawau Pada Tahun 1995
Sumber : Bureau of Aircraft Accidents Archives

Mangsa maut akibat terhidu asap tebal

Pada hari kedua selepas tragedi nahas tersebut, tumpuan dihalakan ke arah kerja-kerja mengenal pasti mangsa dan punca kematian. Sepasukan ahli patologi, forensik dan pakar pergigian tiba di tempat kejadian sekitar tengah hari bagi membantu pihak polis. Setelah dilakukan bedah siasat, kematian penumpang dalam pesawat adalah disebabkan kesukaran bernafas akibat terhidu asap tebal, kebakaran gas dan melecur yang teruk. Kesemua juruterbang, anak kapal serta beberapa penumpang terbunuh.

Kejadian yang telah meragut ramai nyawa ini memaksa campur tangan daripada empat orang pakar daripada Fokker Aircraft Company dari Belanda. Mereka tiba di Malaysia pada pagi 17 September 1995, Ahad untuk membantu siasatan nahas tersebut. Kotak hitam pula dihantar ke London untuk menjalani analisis.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Kampung Setinggan Tawau Pada Tahun 1995
Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995. Sumber : Malaysia Civil Aviation Authority

Hasil siasatan hanya diketahui 3 tahun kemudian

Orang ramai termasuk keluarga mangsa terpaksa menunggu 3 tahun untuk mengetahui hasil siasatan serta punca sebenar nahas pesawat itu. Akhirnya, pada tanggal 20 Mei 1998, hasil keputusan diumumkan dan mendapati bahawa tragedi hitam itu berpunca daripada kesilapan manusia. Menurut arkib Biro Kemalangan Kapal Terbang, punca nahas adalah disebabkan keputusan juruterbang yang tetap untuk mendarat walaupun mengetahui keadaan landasan yang tidak sesuai untuk pendaratan berdasarkan kelajuan semasa. Selain itu, juruterbang itu juga dipercayai cuba untuk menjimatkan penggunaan minyak kapal terbang dan terdesak untuk tiba ke destinasi mengikut jadual penerbangan. Pembantu juruterbang juga gagal memberikan amaran kepada juruterbang apabila menyedari bahawa penerbangan mereka tidak mengikut prosedur.

Pesawat tersebut tidak mengalami apa-apa masalah teknikal pada waktu itu dan berada dalam keadaan baik, sekaligus menyingkirkan faktor kerosakan pesawat daripada punca penyebab nahas.

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Kampung Setinggan Tawau Pada Tahun 1995
Rupa bentuk pesawat Fokker 50 Malaysia Airlines yang sama seperti pesawat terhempas di Tawau, Sabah pada tahun 1995.

Penduduk tempatan turut melempiaskan punca kejadian ini turut mempunyai kaitan dengan keadaan landasan lapangan terbang yang pendek dan tidak selamat. Permintaan penduduk Tawau untuk menaik taraf landasan serta lapangan terbang ini dikhabarkan sudah disuarakan sebelum berlakunya tragedi itu. Namun, sesuai dengan peribahasa sudah terhantuk baru tengadah, tragedi dahsyat ini juga yang membuka mata semua pihak tentang keperluan itu. Maka, selepas 6 tahun nahas tersebut, barulah Lapangan Terbang Tawau berwajah baharu siap dengan menelan belanja sebesar RM228.34 juta dan mula beroperasi pada 1 Disember 2001.

Apa-apa pun, semoga mangsa korban nahas Fokker 50 ini sentiasa dalam rahmat Tuhan dan bersemadi dengan aman. Al-Fatihah, rest in peace.

Kronologi ringkas nahas pesawat Fokker 50 Malaysia Airlines di Tawau Sabah 1995

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Kampung Setinggan Tawau Pada Tahun 1995
Sumber : Berita Harian

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Pernah Dipaparkan Dalam Filem 'Venom', Ini 4 Fakta Menarik Lain Tentang Sarawak Pernah Dipaparkan Dalam Filem Venom, Ini 4 Fakta Menarik Lain Tentang Sarawak
Next Article Terselamat Dari 3 Kejadian Kapal Tenggelam, Ini Adalah Kisah Kucing Yang Digelar 'Unsinkable Sam' Selamat Dari 3 Kejadian Kapal Karam, Ini Kisah Kucing Yang Digelar ‘Unsinkable Sam’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?