• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan ‘Mi Dawai Terbai’ Di Sri Aman

Oleh
Nazihah AN
14 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan 'Mi Dawai Terbai' Di Sri Aman

Selain mi kampua ‘terbang’ yang pernah viral di media sosial, anda kena cuba mi ‘terapung’ pula!

Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan ‘Mi Dawai Terbai’ Di Sri Aman. Sebelum ini, kita hanya pernah nampak replika mi terapung ini di mana-mana museum 3D, kan? Haa.. kali ini min nak kenalkan dekat korang mi terapung yang kita boleh makan pulak!

Isi Isi Penting
  • Selain mi kampua ‘terbang’ yang pernah viral di media sosial, anda kena cuba mi ‘terapung’ pula!
  • Menu yang sangat unik yang anda boleh cuba.
  • Hidangan ini memang viral hingga satu Malaysia!
  • Lagi di sini:

Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan 'Mi Dawai Terbai' Di Sri Aman
Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan ‘Mi Dawai Terbai’ Di Sri Aman. Sumber gambar: FB Foreda Voon

Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan 'Mi Dawai Terbai' Di Sri Aman
Sumber gambar: FB Borneo Treasure Series – BTS

Menu yang sangat unik yang anda boleh cuba.

Untuk Mi Dawai Terbai ini anda boleh dapatkan di gerai Golden City Restaurant yang terletak di Simanggang Sri Aman. Selain Mi Dawai Terbai, anda juga kena cuba Mee Satay yang merupakan makanan signature di kedai ini. Di sini, min akan sertakan lokasinya di bawah:

Golden City Restaurant

Lokasi : Golden City Restaurant, No.1653 Main Bazaar Bandar Sri Aman, Sarawak
No telefon : 019-877 7683
Waktu beroperasi : Setiap Hari ( 9.00am – 6.00pm ), Sabtu (2.00pm – 6.00pm)

Buat pengetahuan anda, menu ‘mi dawai terbai’ ini lebih kurang sama rasanya seperti mi tomato. Haa… siapa je yang tak suka dengan makanan lokal yang ikonik kita ini. Mi yang rangup, dan kuah tomato yang pekat. Sangat menyelerakan!

Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan 'Mi Dawai Terbai' Di Sri Aman
Sumber gambar: FB Tay Cho Seng

Hidangan ini memang viral hingga satu Malaysia!

Di semenanjung, mereka gelarkan mi ini sebagai mi terapung atau mi terbang. Kalau di Sri Aman, Sarawak pula mereka gelarkan sebagai ‘mi dawai terbai’ kerana ianya seolah-olah terapung tanpa tiang! Unik kan?

Selain di Sri Aman, anda juga boleh mencuba mi yang tengah hangat viral ini di Kuching dan juga Miri.

Untuk di Kuching, anda boleh singgah ke restoran Eco Delite Kuching. Manakala di Miri pula, anda boleh ke Warung Kaau Yen yang terletak di Piasau Utara Miri.

Eco Delite Kuching

Lokasi : Eco Delite Kuching, Lot 17634, Plots 30-35, Phase I, Block 11, MTLD, Jalan Stutong Baru, Kuching 93350 Kuching
No telefon : 013-561 3123
Waktu beroperasi : Setiap Hari (7.00am – 9.00pm)

Warung Kaau Yen

Lokasi : Warung Kaau Yen, Lot 1660, Lorong 1A, Piasau Utara 98000 Miri, Sarawak
No telefon : 013-823 3972
Waktu beroperasi : Setiap hari

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Adik Eric Diklasifikasikan Semula Kepada Kes Bunuh, Polis Perluaskan Kawasan Pencarian
Next Article Tidak Dibenarkan Dijual Di Kantin Sekolah, Ini 11 Jenis Makanan Yang Telah Dilarang Tidak Dibenarkan Dijual Di Kantin Sekolah, Ini 11 Jenis Makanan Yang Telah Dilarang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?