• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Dibenarkan Dijual Di Kantin Sekolah, Ini 11 Jenis Makanan Yang Telah Dilarang

Oleh
ILB - AI
14 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Tidak Dibenarkan Dijual Di Kantin Sekolah, Ini 11 Jenis Makanan Yang Telah Dilarang

Tahukah anda bahawa beberapa jenis makanan telah dilarang untuk dijual di kantin sekolah?

Tidak Dibenarkan Dijual Di Kantin Sekolah, Ini 11 Jenis Makanan Yang Telah Dilarang. Baru-baru ini, beberapa keping gambar tular dalam media sosial menunjukkan beberapa jenis makanan yang tidak dibenarkan untukd dijual di kantin sekolah — antaranya adalah nugget, fishball dan juga mi segera.

Berita ini bukan berita baharu, malah larangan ini telah berkuatkuasa sejak tahun 2018! Larangan penjualan makanan tertentu di kantin sekolah dikuatkuasakan oleh Kementerian Pendidikan dan Kesihatan selaras dengan Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat.

Tidak Dibenarkan Dijual Di Kantin Sekolah, Ini 11 Jenis Makanan Yang Telah Dilarang

Senarai makanan yang tidak dibenarkan dijual di sekolah

Berikut adalah senarai makanan yang diketahui tidak dibenarkan dijual di kantin sekolah:

  1. KENTANG GORENG (FRENCH FRIES) / NUGGET / FISHBALL
  2. KEROPOK / MAKANAN RINGAN / MAKANAN YANG DIJERUK
  3. GULA BATU / COKLAT
  4. MINUMAN BERKARBONAT / JUS BUAH KOMERSIAL
  5. MI SEGERA
  6. MAKANAN YANG BERUPA MAINAN / DIJUAL BERSAMA MAINAN
  7. KOPI / TEH
  8. MINUMAN SEGERA 3-IN-1
  9. BURGER
  10. MAKANAN BERKRIM
  11. MAKANAN YANG MELAMPAUI TARIKH LUPUT
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Pengharaman makanan ini adalah kerana kandungan lemak dan garam yang tinggi di dalamnya, yang tidak sihat untuk kanak-kanak. Pada 2016, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati 28% kanak-kanak berumur 23 bulan hingga 12 tahun di Putrajaya terbantut akibat kekurangan zat makanan kronik.

Di peringkat kebangsaan, kajian terbabit mendapati 20.7% daripada semua kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mengalami pertumbuhan terbantut akibat kekurangan zat makanan.

Kredit foto: UNICEF

Pengharaman makanan jenis ini dikatakan oleh kementerian adalah selaras dengan peraturan makanan 1985. Namun, kantin sekolah selama ini telah menjual makanan di bawah kategori ‘dibenarkan’, ‘tidak dibenarkan’ dan ‘tidak digalakkan’. Oleh itu, peraturan baharu itu mampu menghapuskan kategori terakhir sekali gus agar tiada kelonggaran untuk makanan ‘tidak digalakkan’ dijual di kantin sekolah.

Jenis makanan sihat yang mudah untuk anak-anak anda

Jika anda risau dengan nutrisi anak anda, anda boleh mempertimbangkan untuk menyediakan bekalan makanan sihat yang mudah dan senang untuk disediakan!

Antara makanan anda boleh mempertimbangkan adalah ayam goreng sayur campur, nasi goreng, sandwich, nasi putih dengan ayam goreng dan pelbagai lagi. Makanan ini bukan sahaja sihat, ia juga membekalkan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Freepik

Mungkin kebanyakan kita tidak setuju dengan garis panduan yang telah dikuatkuasakan oleh KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menganggap larangan terbabit menyekat pelbagai jenis makanan namun kita perlu ingat juga bahawa kita telah biasa mengambil makanan ini semasa membesar dan telah membiasakan diet seperti ini.

Gambar sekadar hiasan.

Kadang-kadang boleh, tetapi makan makanan ringan setiap hari juga boleh menjadi tidak sihat untuk kanak-kanak kecil. Cara terbaik untuk memastikan kesihatan anak-anak kita adalah dengan mengajar mereka untuk memakan makanan berkhasiat sejak kecil. Makanan sihat tidak semestinya mahal — lagipun kebanyakan makanan tempatan kita memang berkhasiat, cuma pandai-pandai lah pilih mana yang sesuai kan?

Fikirkan kesan jangka lama pada anak anda. Jika makanan dilarang terbabit tidak dilarang, peluang dan kekerapan anak anda untuk membeli makanan ini adalah lebih tinggi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan 'Mi Dawai Terbai' Di Sri Aman Mi Terapung Yang Tular Di Media Sosial, Jom Cuba Keunikan ‘Mi Dawai Terbai’ Di Sri Aman
Next Article Turapan Lebuh Raya Pan Borneo Giat Dilakukan, Simpang U Turn Dan Sebahagian Laluan Batu 9.5 Ditutup Turapan Lebuh Raya Pan Borneo Giat Dilakukan, Simpang U Turn Dan Sebahagian Laluan Batu 9.5 Ditutup

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?