• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Mata Sebiru Lautan Pasifik, Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia

Oleh
Husna Hazmi
23 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Keunikan pada mata kaum Buton di Indonesia ini amat mengagumkan!

Miliki Mata Sebiru Lautan Pasifik, Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia. Tidak dapat dinafikan lagi orang Asia rata-ratanya mempunyai mata yang berwarna coklat ataupun hitam.

Namun, ia adalah amat unik bagi orang Asia terutamanya di bahagian Asia Tenggara untuk memiliki mata yang berwarna selain dari coklat atau hitam.

Miliki Mata Sebiru Lautan Pasifik, Kenali  Suku Kaum Buton Di Indonesia
Miliki Mata Sebiru Lautan Pasifik, Kenali Suku Kaum Buton Di Indonesia. Kredit: @geo.rock888

Mata Berwarna Biru Cerah

Tahukah anda di Indonesia Kabupaten Buton, Sulawesi Tenggara terdapat mereka yang mempunyai mata berwarna biru cerah?

Keunikan suku Kaum Buton bermata biru ini terletak di Pulau Siompu dimana kebanyakan mereka memang mempunyai mata yang berwarna biru yang jernih.

Miliki Mata Sebiru Lautan Pasifik, Kenali  Suku Kaum Buton Di Indonesia
Kredit: @geo.rock888

Heterochromia hanya ada pada satu peratus daripada seluruh populasi dunia

Menambahkan lagi keunikan ini, sebilangan mereka juga mempunyai mata heterokromia iaitu mata yang berlainan warna dimana sebelah kiri matanya berlainan warna dengan mata diselah kanannya. Keunikan ini hanya wujud pada satu peratus sahaja daripada seluruh populasi yang ada di dunia.

Seorang ahli geologi Korchnoi Pasaribu telah merakam keindahan dan juga keunikan suku kaum Buton di Indonesia ini. Hasil potretnya yang amat menakjubkan boleh dilihat di Instagram beliau iaitu @geo.rock888 yang baru-baru ini telah menarik perhatian orang ramai.

Miliki Mata Sebiru Lautan Pasifik, Kenali  Suku Kaum Buton Di Indonesia
Kredit: @geo.rock888

Waardenburg Syndrome

Tetapi keunikan mata biru suku kaum Buton ini sebenarnya disebabkan oleh satu genetic mutation yang dinamakan Waardenburg Syndrome.

Waardenburg Syndrome merupakan satu keadan genetik yang hanya berlaku di dalam 1 daripada 40000 orang di dalam dunia atau 2 hingga 4 peratus sahaja daripada seluruh manusia.

Antara simptom orang yang mengalami Waardebburg Syndrome ini ialah mempunyai kulit pucat dengan bermata biru, mempunyai mata yang berlainan warna atau heterokrom dan juga mempunyai rambut berwarna putih.

Namun, simptom yang dihadapi mereka yang mempunyai Waardebburg Syndrome ini berlainan walaupun mereka merupakan keluarga.

Baca lagi disini:

SUMBER :World of Buzz
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video Palsu Banjir Lumpur Di Lebuhraya Pan Borneo, JKR Keluarkan Kenyataan
Next Article Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?