• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Minat Animasi ‘Frozen’ Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP

Oleh
Nazihah AN
24 Jun 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Minat Animasi 'Frozen' Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP

Video yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat telatah mereka semasa PKP

Minat Animasi ‘Frozen’ Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP. Memang tidak dapat dinafikan lagi sepanjang PKP amat penat untuk ibu bapa yang bekerja dari rumah. Di samping bekerja dari rumah, mereka juga menjadi ibu bapa dan cikgu di rumah untuk anak-anak mereka. Namun, melihat telatah anak sahaja mampu untuk menghiasi suasana rumah semasa PKP ini. Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu yang kongsi beberapa video anak-anak perempuannya berkawan dengan anak jirannya tular di media sosial.

Isi Isi Penting
  • Video yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat telatah mereka semasa PKP
  • Persahabatan ‘jarak jauh’ yang menyentuh hati pengguna Twitter
  • “Awal pagi dah mesyuarat tingkap aih” -Ibu Hana
  • Menggelar jirannya sebagai Elsa
  • Gelagat Hana dan Lisa mencuit hati semua
  • Lagi menarik di sini:
Minat Animasi 'Frozen' Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP
Minat Animasi ‘Frozen’ Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP

Persahabatan ‘jarak jauh’ yang menyentuh hati pengguna Twitter

Ciapan yang dikongsi oleh Wanita Bintulu, Intan Nur Anum Di Twitter Jumaat lalu telah menarik perhatian pengguna media sosial dan mendapat sebanyak 3,800 ulang kicau dan 6,700 suka. Dikatakan ianya percubaan untuk anak perempuannya, Intan Hana, 6 tahun dan Lisa, 3 tahun, untuk memanggil jiran mereka di seberang jalan.

Mereka mencuba untuk berkomunikasi dengan menayangkan minat mereka terhadap Elsa, iaitu watak dari filem animasi Disney Frozen dari balkoni rumah masing-masing. Persahabatan ‘jarak jauh’ mereka telah menyentuh hati ramai pengguna Twitter. Dapat dilihat jirannya mengenakan pakaian seperti Elsa telah mendorong Hana untuk menunjukkan koleksinya juga seperti gaun dan tiara.

Kesian dengan anak2 aku ni. Tak dapat keluar, Hana Lisa buat kawan baru time lockdown melalui balkoni rumah 🥲😂 pic.twitter.com/stBCYEpTwm

— Bintulu Mom (@__loveshak) June 18, 2021

“Awal pagi dah mesyuarat tingkap aih” -Ibu Hana

Setelah saling bertukar minat menunjukkan koleksi yang mereka ada, akhirnya Hana dan Lisa berjaya membuat kawan baru pada hari itu. Intan juga memuat naik satu lagi video mereka mengadakan ‘pertemuan’ mereka di balkoni rumah pada keeseokan harinya.

Kali ini, mereka menunjukkan minat mereka terhadap kartun Totoro kepada jirannya. Bukan setakat itu sahaja, pada hari yang berikutnya pula, mereka bercakap mengenai makanan ikan di mana adik Hana, Lisa pula yang memulakan perbualan antara mereka. Perbualan mereka sangat mencuit hati dan menghiburkan hati para pengguna Twitter yang melihat video tersebut.

Minat Animasi 'Frozen' Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP
Minat Animasi ‘Frozen’ Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP

Menggelar jirannya sebagai Elsa

“Mereka memanggil jiran mereka ‘Elsa’ kerana pertama kali mereka bertemu, gadis itu mengenakan pakaian Elsa, jadi anak saya akan memanggil “Elsaaa, Elsaaa,” dan gadis itu muncul di tingkap rumahnya,” kata Intan kepada Malay Mail.

Menurut Intan, ini bukanlah pertama kali anaknya memanggil dan menyapa orang luar kerana untuk bertanyakan khabar pada sesiapa sahaja yang lalu depan rumah mereka. Kelihatan mereka teringin untuk bersosial dengan orang sekeliling.

Kerana duduk dalam rumah untuk beberapa waktu sepanjang PKP, Intan juga mengatakan bahawa anak-anaknya turut menyapa pemandu Foodpanda, orang yang berjogging dan sesiapa sahaja yang lalu depan rumah mereka. Setiap kali bungkusan penghantaran sampai ke depan rumah, kelihatan anak-anaknya sangat gembira dan teruja setiap kali mereka turun untuk mengambil bungkusan tersebut. Sehinggakan ada masa mereka berhias hanya untuk turun ke tingkat bawah.

View this post on Instagram

A post shared by The Adventures of Mommy Intan (@_loveshak)

Gelagat Hana dan Lisa mencuit hati semua

Intan juga menambah, walaupun suara anak-anaknya agak nyaring dan kedengaran di kediaman mereka, nasib baik, mereka tidak terima sebarang aduan dari jiran lain.

Ketika menyentuh perkara mengenai Perintah Kawaln Pergerakan semasa, Intan mengatakan bahawa dia dan sekeluarga lebih bersedia untuk menghadapinya kerana anak-anaknya sudah mulai memahami wabak COVID-19 sekarang. Sepanjang PKP, Intan akan mengisi masa anak-anaknya dengan mengajar di rumah, bermain permainan dan melakukan aktiviti ibu dan anak seperti membuat roti.

View this post on Instagram

A post shared by The Adventures of Mommy Intan (@_loveshak)

Lagi menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Perempuan 14 Tahun Hilang Ditemui, Kini Disiasat Sebagai Kes Rogol
Next Article Pelaksanaan Ibadah Korban Dan Solat Sunat Aidiladha Adalah Dibenarkan Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?