• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Perempuan 14 Tahun Hilang Ditemui, Kini Disiasat Sebagai Kes Rogol

Oleh
Husna Hazmi
24 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Remaja Perempuan 14 Tahun Hilang Ditemui, Kini Disiasat Sebagai Kes Rogol. Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang remaja perempuan yang dipercayai telah hilang sejak 15 Jun 2021 lalu. Remaja tersebut telah ditemui semula pada Rabu (23 Jun 2021) dan kes kehilangan mangsa itu kini disiasat sebagai kes rogol.

Remaja Perempuan 14 Tahun Hilang Ditemui, Kini Disiasat Sebagai Kes Rogol
Remaja Perempuan 14 Tahun Hilang Ditemui, Kini Disiasat Sebagai Kes Rogol

Laporan polis yang telah dibuat oleh ibu si mangsa

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, perkara ini berikutan laporan polis yang telah dibuat oleh ibu si mangsa di Balai Polis Batu Kawa susulan perkembangan tersebut.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis mendapati bahawa mangsa tinggal bersama teman lelakinya selama lapan hari tidak balik rumah.

“Bertindak dengan laporan yang dibuat ibu mangsa, anggota kita menahan teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan. Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” menurut beliau dalam satu kenyataan.

Remaja Perempuan 14 Tahun Hilang Ditemui, Kini Disiasat Sebagai Kes Rogol

Teman lelaki mangsa berusia 20-an

Si teman lelaki mangsa berusia 20-an dan berasal dari Kota Samarahan. Tambah beliau lagi, mangsa dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumah untuk mengambil buku tugasan di sekolah pada 15 Jun lalu.

Ekoran daripada kejadian tersebut, bapa si mangsa terus membuat laporan polis mengenai kehilangan serta turut berusaha untuk mencari mangsa.

Remaja perempuan itu akhirnya berjaya dikesan di sebuah pusat beli belah di Samariang ketika dia hendak membeli sim kad telefon bimbit sekitar jam 3 petang semalam.

Mangsa kemudiannya terus diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majlis Islam Sarawak Benarkan Masjid, Surau Dibuka Untuk Menunaikan Solat Fardu Dan Jumaat
Next Article Minat Animasi 'Frozen' Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP Minat Animasi ‘Frozen’ Punca Anak Wanita Bintulu Ini Buat Kawan Baru Dengan Anak Jiran Sewaktu PKP

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?