• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Mini Jurassic Park Di Coco Cabana Miri Ini Bagi Pengalaman Lihat Pelbagai Jenis Dinasour

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Jom ke Mini Jurassic Park di Coco Cabana Miri!

Mini Jurassic Park Di Coco Cabana Miri Ini Bagi Pengalaman Lihat Pelbagai Jenis Dinasour. Musim cuti akhir tahun sudah tiba! Pasti ramai diantara anda di luar sana yang mencari destinasi menarik untuk beriadah bersama orang yang tersayang. 

Mini Jurassic Park Di Coco Cabana Miri Ini Bagi Pengalaman Lihat Pelbagai Jenis Dinasour
Mini Jurassic Park Di Coco Cabana Miri Ini Bagi Pengalaman Lihat Pelbagai Jenis Dinasour. Kredit gambar: @cococabana.miri  

Baru sahaja dibuka pada 24 Disember tahun ini

Mini Jurassic Park di Coco Cabana Miri ini merupakan destinasi terbaik buat anda terutama sekali jika anda membawa anak-anak bersama. 

Baru sahaja dibuka pada 24 Disember 2021, bayaran masuk ke Mini Jurassic park ini adalah RM 10 untuk orang dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak pasti akan berasa teruja melihat lebih 30 patung gergasi pelbagai jenis dinosaur! Anda juga berpeluang melihat spesies prasejarah ini dengan ketinggian mencecah bangunan 2 tingkat.

Haiwan prasejarah ini dalam format animatronik iaitu patung haiwan yang boleh bergerak seakan-akan haiwan sebenar dan ia juga boleh mengeluarkan bunyi. Terdapat juga telur dinosaur dan anda juga boleh bergambar menaiki dinosaur dengan membayar RM 10.

Mini Jurassic Park Di Coco Cabana Miri Ini Bagi Pengalaman Lihat Pelbagai Jenis Dinasour
Kredit gambar: Reena Ummira Sabri

Mini Jurassic park merupakan lokasi riadah yang santai

Tidak perlu pergi jauh-jauh, Mini Jurassic park yang terletak di Coco Cabana Miri ini merupakan lokasi riadah yang santai sambil boleh belajar lebih lanjut mengenai spesis haiwan prasejarah ini terutamanya buat kanak-kanak.

Anda juga boleh ambil banyak gambar bersama dinosaur kegemaran anda, untuk dikongsi di platform media sosial atau disimpan sebagai kenang-kenangan.

Bagi warga Miri janganlah lepaskan peluang untuk berkunjung ke Mini Jurassic Park ini, kerana ia bertapak hanya sementara sahaja di Coco Cabana Miri. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dilarang Buat Acara Tahun Baharu, Premis Beroperasi Melebihi 12 AM Bakal Dikenakan Kompaun
Next Article Cita Rasa Mukbang K-Wave Buat Ketagih, Ini 4 Kedai Makanan Korea Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba Cita Rasa Mukbang K-Wave Buat Ketagih, Ini 4 Kedai Makanan Korea Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?