• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dilarang Buat Acara Tahun Baharu, Premis Beroperasi Melebihi 12 AM Bakal Dikenakan Kompaun

Oleh
Ismail NA
28 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Sarawak masih berada dalam Fasa 3 PPN.

Dilarang Buat Acara Tahun Baharu, Premis Beroperasi Melebihi 12 AM Bakal Dikenakan Kompaun. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan memasuki tahun baharu iaitu tahun 2022. Namun, akibat situasi semasa yang sebenarnya masih dalam fasa pandemik, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memuktamadkan bahawa sebarang aktiviti sambutan pra-tahun baharu pada malam ambang 1 Januari adalah tidak dibenarkan.

Isi Isi Penting
  • Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Sarawak masih berada dalam Fasa 3 PPN.
  • Kawalan pematuhan akan dipertingkat menerusi ops bersepadu
  • Permainan arked kanak-kanak dibenar beroperasi bermula 1 Januari 2022
  • Imbas kembali sambutan tahun baharu pada tahun-tahun sebelum ini :

Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan media JPBNS bertarikh 28 Disember 2021, Selasa hari ini.

Sehubungan dengan itu juga, operator premis perniagaan juga diingatkan untuk tetap mematuhi waktu beroperasi yang dibenarkan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Mana-mana operator premis perniagaan yang ingkar dan tetap mengadakan aktiviti pra-sambutan tahun baharu boleh dikenakan kompaun atas kesalahan ini.

Kawalan pematuhan akan dipertingkat menerusi ops bersepadu

Sepanjang tempoh yang sama juga, pihak berkuasa akan mempertingkatkan kawalan serta operasi bersepadu untuk memantau tahap pematuhan SOP.

Kebiasaannya, aktivti pra-sambutan tahun baharu yang lazim dilaksanakan adalah seperti persembahan hiburan secara fizikal, pertunjukan bunga api dan sebagainya. Menurut laporan berita antarabangsa CNN, bandar-bandar utama di dunia seperti London, Berlin, Paris, New Delhi, dan Edinburgh juga telah membatalkan acara sambutan pra-tahun baharu ekoran situasi COVID yang masih belum reda. Apatah lagi dengan penularan varian baharu iaitu varian Omicron.

Permainan arked kanak-kanak dibenar beroperasi bermula 1 Januari 2022

Dalam perkembangan yang sama, JPBNS turut mengeluarkan kenyataan bahawa sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) yang terletak di pusat beli-belah dibenarkan untuk beroperasi mulai 1 Januari 2022. Walau bagaimanapun, pembukaan arked ini adalah tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) serta perlu memohon kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum mula beroperasi.

Dilarang Buat Acara Tahun Baharu, Premis Beroperasi Melebihi 12 AM Bakal Dikenakan Kompaun
Dilarang Buat Acara Tahun Baharu, Premis Beroperasi Melebihi 12 AM Bakal Dikenakan Kompaun. Sumber : JPBNS

Imbas kembali sambutan tahun baharu pada tahun-tahun sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Roti Sandwich Bakar Yang Terkenal Di Korea, Isaac Toast & Coffee Bakal Buka Cawangan Di Kuching Roti Sandwich Bakar Yang Terkenal Di Korea, Isaac Toast & Coffee Bakal Buka Cawangan Di Kuching
Next Article Mini Jurassic Park Di Coco Cabana Miri Ini Bagi Pengalaman Lihat Pelbagai Jenis Dinasour

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?