Berkhemah di sini memang best, siap boleh Stargazing waktu malam
Suasana Tenang, Minurod Campsite Kampung Pahu Kiulu Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik. Jika anda minat aktiviti santai yang membolehkan anda dekat dengan alam semulajadi, Minurod Campsite, Kampung Pahu Kiulu Sabah ini adalah pilihan terbaik buat anda.
Hanya mengambil perjalanan 1 jam 30 minit daripada Kota Kinabalu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung yang datang di sini. Jika anda ingin memilih percutian santai dikelilingi alam semula jadi dan pemandangan yang indah, ini memang tempat paling sesuai untuk anda.

Bayaran masuk ke Minurod Campsite
Menurut sumber di Facebook, bayaran masuk ke Minurod Campsite ini juga amatlah berpatutan iaitu RM 5 bagi dewasa RM 3 bagi kanak-kanak, untuk Day Trip manakala jika anda ingin bermalam, anda hanya perlu membayar RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini adalah, Tiubing, Mandi Sungai, Piknik, Berkhemah, Stargazing, Jungle Trekking dan banyak lagi.

Kemudahan disediakan
Kemudahan seperti tandas, bilik mandi dan kedai runcit juga disediakan di sini jadi anda tak perlu risau. Anda juga boleh menempah Open Hut dan Closed Hut di sini. Jadi tunggu apa lagi, bawa keluarga dan juga rakan-rakan anda untuk beriadah di sini!
Maklumat penting
Lokasi: Kampung Pahu Kiulu. 30km dari pekan Tamparuli
Masa Operasi: 24 jam
Hubungi: 019-831 2012