Tempat-tempat pelancongan di Sabah memang cantik!
8 Tempat Di Sabah Ini Seakan-Akan Di Luar Negara. Mesti ramai yang plan nak pergi trip bersama kawan dan keluarga, kan? Memandangkan tiket penerbangan dalam Malaysia sekarang murah, jom min kongsi beberapa tempat yang menarik hanya di Sabah!
Kalau korang nak tau, sebenarnya dalam Malaysia pun dah ada beberapa tempat-tempat menarik seperti di luar negara. Kalau korang pandai edit gambar, sure gambar korang akan nampak cun giler seperti ala ala di overseas gitchuwww.
1. Desa Cattle Dairy Farm – New Zealand

Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Tanah Tinggi Mesilau Kundasang, Sabah kini kian menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati permandangan indah malah beriklim sejuk.
Desa Cattle Dairy Farm ini terkenal dengan jolokan New Zealand kerana pemandangannya dari atas seakan-akan di Switzerland! Tak caya? Korang kena pergi singgah ke Desa Dairy Farm ni dulu baru anda lihat keindahan di Sabah.
2. Kokol Hill – Bali, Indonesia

Terletak di salah satu titik pandangan tertinggi (800m/2,625 kaki) di Kota Kinabalu, Bukit Kokol merupakan satu kawasan tumpuan tempatan kegemaran ramai. Bukit Kokol juga terletak di Banjaran Crocker dan terkenal dengan pusat peranginan yang indah.
Jika anda lihat buaian di Sabah ini, memang nampak seakan-akan di luar negara seperti buaian yang terkenal di Bali. Juga pemandangan di Kokol Hill ini pasti mengingatkan anda dengan keindahan di Buleleng, Bali, Indonesia.
3. Semporna/ Pulau Lankayan/ Pulau Mabul – Maldives

Kalau sebut Maldives, pasti anda terkenangkan lautannya yang luas dan biru, airnya yang jernih dan juga pemandangan yang indah. Tahukah anda bahawa di Sabah juga terdapat pemandangan yang indah seperti di Maldives.
Bukan satu, tetapi 3 tempat yang menarik dan mirip seakan-akan anda tengah bercuti di luar negara! Tempat itu adalah di Pulau Lankayan, Pulau Mabul dan juga Semporna. Serious, pantai dan laut di Sabah ni semuanya indah.
4. Sabah Railway – UK

Kalau ke Sabah, jangan lupa untuk mencuba pengalaman yang mengujakan dengan menaiki keretapi yang klasik. Umpama melalui terowong masa kala kolonial British masih gah bertapak di negeri bawah bayu ini.
Jadi, sebab itulah reka bentuk keretapi ini agak mirip dengan di UK kerana ia adalah buatan British.
5. Sungai Kinabatangan – Amazon River

Bagi pengunjung yang pernah Sabah, pasti pernah dengar Sungai Kinabatangan, kan? Keagungan dan kehijauan rimbunan fauna tersebut yang persis hutan Amazon di Brazil, sememangnya bakal menarik perhatian kaki pengembara alam semula jadi di luar sana.
Tetapi, kena hati-hati. Ada lagenda yang mengatakan terdapat seekor buaya berwarna putih merupakan penjaga dan juga ketua segala buaya di sungai itu.
6. Lahad Datu – Salar De Uyuni, Bolivia

Kalau anda lihat gambar-gambar night sky mirror yang diambil oleh jurufoto ni, sekali imbas nampak macam di Salar De Uyuni, Bolivia. Tetapi tidak! Semua gambar-gambar ni diambil di Lahad Datu, Sabah sahaja.
Dengan beberapa gambar yang dikongsi di laman sosial, memang seakan-akan di luar negara. Susah tau nak tangkap gambar macam ni.
7. Hidden Hill Kundasang – Kyoto, Jepun

Tanpa menunggu 9 jam lebih untuk ke Jepun, anda boleh menyusul ke perkampungan jepun tradisional yang terletak di Kundasang sahaja. Sekali imbas memang nampak seperti sedang bercuti di Kyoto, Jepun!
Hidden Hill Kundasang yang terletak di bukit ini dapat memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.
8. Hotel Kapsul Kundasang – Jepun

Anda sedang mencari penginapan yang bajet di Sabah? Tahukah anda bahawa Sabah mempunyai hotel kapsul yang digemari ramai pelancong seperti di negara luar negara. Dan kebanyakan hotel kapsul ini ada di Kota Kinabalu.
Kalau lihat hotel kapsul ni memang nampak macam kita tengah travel ke masa hadapan, sebab nampak canggih sangat.
Haa cantikkan tempat-tempat yang min senaraikan ni. Sekali Pandang memang nampak seperti berada di luar negara. Yang penting tak perlu berbelanja ribuan ringgit kan?