• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebuh Raya Miri Ke Long Terawan Sepanjang 100KM Bakal Dibina Tahun Depan

Oleh
Aina Musa
13 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lebuh Raya Miri Ke Long Terawan Sepanjang 100KM Bakal Dibina Tahun Depan

Projek tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak

Lebuh Raya Miri Ke Long Terawan Sepanjang 100KM Bakal Dibina Tahun Depan. Pembinaan sebuah lebuh raya sepanjang lebih 100 kilometer yang akan menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka akan bermula tahun depan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pelan laluan lebuh raya itu telah dipersetujui dan apabila siap kelak akan memendekkan masa perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira satu setengah jam.

Lebuh Raya Miri Ke Long Terawan Sepanjang 100KM Bakal Dibina Tahun Depan. Sumber: Astro Awani

“Dengan adanya lebuh raya itu, Mulu boleh dihubungkan dengan kawasan Gunung Buda di Limban.

“Harap-harap ia dapat dimulakan tahun depan kerana tahun ini JKR masih melakukan proses tender,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Jawatankuasa Perhubungan SUPP Parlimen Miri-Sibuti di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata kawasan Niah di Miri juga akan dibangunkan dengan infrastruktur asas bagi meningkatkan nilai pelancongan di sana.

Ini merupakan lanjutan daripada cadangan Sarawak kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan Niah sebagai Tapak Warisan Dunia.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menasihati rakyat Sarawak untuk menguasai teknologi baharu khususnya ekonomi hidrogen agar mampu bergerak seiring dengan kerajaan Sarawak untuk memajukan lagi negeri itu.

Sarawak kini katanya menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama hidrogen di dunia dan akan menjual tenaga hidrogen kepada Korea dan Jepun bermula 2028.

Baca lagi artikel menarik:

Sabah Sarawak Jadi Destinasi Popular Di Kalangan Pelancong Brunei
Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda Shopping Hasil Tani Rare Di Sarawak
Next Article Sebagai Angpow, Kerajaan Sarawak Umum Perkhidmatan Bas Percuma Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?