• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat

Oleh
Farisha
13 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

JPJ Sarawak keluarkan notis saman kepada pemandu melalui EAC

Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Falcon JPJ Kuching telah mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu di sekitar bandar raya ini, semalam.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook JPJ Negeri Sarawak, kesalahan-kesalahan tersebut telah dirakam oleh Enforcement Action Camera (EAC).

Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat
Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat. Sumber: Facebook

Pihak JPJ menyatakan bahawa mana-mana pemandu atau pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan akan dikehendaki hadir untuk siasatan lanjut.

“Notis Panggilan Temu Siasat di bawah Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik kenderaan dan mereka dikehendaki hadir ke Unit Pengurusan Aduan & Siasatan JPJ untuk tujuan siasatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan,” kata pihak JPJ menerusi laporan.

Pengguna jalan raya diminta mematuhi peraturan jalan raya

Video berkenaan operasi tersebut boleh ditonton di laman Facebook JPJ Negeri Sarawak.

Oleh itu, pengguna-pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan daripada sebarang tindakan diambil.

Aduan-aduan berkaitan lalu lintas boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://ipj.spab.gov.my dengan butiran pengadu dan butiran aduan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Cop Parkir Sesuka Hati Dikira Satu Kesalahan Bawah Akta JPJ
JPJ Sarawak Lancar Ops Perayaan Hari Krismas 2023 Hingga 28 Dis Ini
SUMBER :dayak daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gagal Ke Olimpik Paris, Pandelala Mohon Maaf Dan Janji Bangkit Semula Gagal Ke Olimpik Paris, Pandelala Mohon Maaf Dan Janji Bangkit Semula
Next Article Flat Sri Sabah Terbakar Disyaki Berpunca Dari Masalah Pendawaian Elektrik Flat Sri Sabah Terbakar Disyaki Berpunca Dari Masalah Pendawaian Elektrik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?