• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

Oleh
ILB - AI
14 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Poster tersebut diturunkan selepas 1 jam

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong. Laman sosial sebentar tadi kecoh apabila Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi memuat naik satu poster bertarikh 14 April 2020 menyatakan bahawa 5 daerah di Sarawak akan dikenakan PKP bermula 16 April 2021.

Menurut poster yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara tersebut, Perintah Kawalan Pergerakan tersebut akan dilaksanakan di 5 daerah berikut iaitu Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan juga Meradong.

Poster yang kini telah diturunkan di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara.

Perintah Kawalan Pergerakan tersebut dijadualkan bermula pada 16 April 2021 ini sehingga 29 April 2021. Walau bagaimanapun, semakan terkini mendapati poster tersebut telah diturunkan namun di laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia pula masih ada seperti tangkap layar di atas. Tidak pasti jika poster tersebut sudah dimuat turun atau tidak setakat ini.

Menerusi siaran media rasmi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini, tiada pengumuman rasmi dari mereka untuk perintah kawalan pergerakan untuk diadakan di Sarawak.

Hari ini terdapat 489 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Kuching (99), Sri Aman (76), Sibu (75), Miri (50), Bintulu (48), Beluru (32), Samarahan (25), Sarikei (17), Kapit (9), Mukah (9), Belaga (8), Meradong (8), Serian (7), Saratok (6), Subis (5), Marudi (5), Bau (3), Julau (2), Matu (2), Lubok Antu (1), Pakan (1), dan Kabong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 21,448 kes.

  • 261 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (tiada orang bergejala).
  • 174 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (tiada orang bergejala).
  • 30 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada orang bergejala).
  • 23 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
  • 1 kes melibatkan individu yang datang atau balik dari luar negara yang dikategorikan sebagai kes Import A (tiada orang bergejala)

5 kes kematian juga dicatatkan hari ini di Sarawak akibat COVID19.

Setakat hari ini sebanyak 49 kluster masih aktif di Sarawak dengan hari ini sahaja 16 kluster menyumbang kepada penambahan 182 kes positif COVID19. Daerah kabong yang dahulunya kawasan hijau hari ini juga telah bertukar menjadi kawasan kuning selepas mencatatkan 1 kes positif COVID19 tempatan.

Baca juga artikel lain :

Sebelum ini, seorang pengguna twitter berkongsi beberapa sebab kenapa kes meningkat mendadak di Sarawak kebelakangan ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sekolah Di Sibu Tutup 14 Hari, Sarawak Catat 489 Kes Positif COVID-19
Next Article PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?