• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

Oleh
ILB - AI
14 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut baru dimaklumkan sebentar tadi

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok. Selepas tersebarnya infografik melalui laman facebook rasmi MKN yang akhirnya diturunkan kembali sebentar tadi, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak memaklumkan kepada media bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kekeliruan tersebut pada esok hari, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Borneo Post sebentar tadi.

Susulan dari poster yang dimuatnaik oleh Majlis Keselamatan Negara petang tadi itu, laman sosial di Sarawak dipenuhi oleh pelbagai pendapat netizen yang kini berkemungkinan besar keliru mengenai apa sebenarnya yang terjadi.

Tambahan pula, tular juga tangkap layar ucapan rasmi Dato Sri Ismail Yaakob mengenai pelaksaan perintah kawalan pergerakan di Sarawak bermula 16 April ini yang turut dilaporkan oleh banyak media utama di Malaysia sejak petang tadi.

Bukan itu sahaja, kekeliruan tersebut turut menjadi bahan jenaka netizen, ada yang menyatakan antara 3 benda yang paling sukar difahami di Malaysia antaranya adalah Standard Operating Procedure (SOP) Sarawak.

Selain menjadi bahan jenaka beberapa page Facebook satira di Malaysia, keluar juga beberapa memes antaranya memes yang menggunakan karekter adiwira Avengers.

Sejak wabak COVID19 tular di Malaysia, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak bertanggungjawab atas segala Standard Operating Procedure (SOP) berkenaan di Sarawak. Antara SOP yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID19 di Sarawak adalah kuarantin wajib selama 14 hari untuk individu yang ingin memasuki Sarawak lebih dari 3 hari 2 malam.

Selain itu, pergerakan rentas zon juga masih tidak dibenarkan di Sarawak tanpa kebenaran pihak polis.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong
Next Article Doa Selamat Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Baru Di Bintulu, 41 Orang Positif COVID-19 Setakat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?