• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Most Beautiful City In Borneo’, Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne

Oleh
Aina Musa
11 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Most Beautiful City In Borneo', Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne

Biar betul Kuching macam Melbourne?

‘Most Beautiful City In Borneo’, Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne. Bandaraya Kuching, Sarawak semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menarik minat pelancong dari seluruh dunia. Baru-baru ini, seorang pelancong dari Eropah berkongsi sebuah video dimana beliau mengakui Kuching sebagai bandar paling cantik di Borneo.

Video itu dikongsi oleh Danonthetok menerusi akaun Tiktoknya. Menurutnya, Kuching mempunyai senibina yang indah. Ditambah pula dengan bangunan bersejarah dan bangunan lama di sepanjang laluan Waterfront, Kuching.

'Most Beautiful City In Borneo', Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne
‘Most Beautiful City In Borneo’, Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne. Kredit: Danonthetok

Tambahnya, semasa berjalan di sepanjang jalan Waterfront, beliau kagum dengan senibina Dewan Undangan Negeri yang tersergam indah di seberang.

‘A very stunning city’

Bukan itu sahaja, beliau sempat memuji bandar Kuching mesra pejalan kaki terutamanya di sepanjang Waterfront. Beliau juga teruja melihat tumbuh-tumbuhan hijau subur ditepi-tepi jalan yang dijaga baik oleh pihak DBKU.

'Most Beautiful City In Borneo', Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne

Beliau juga berulang kali memuji Kuching sebagai bandar yang paling menarik dan menakjubkan yang pernah dilawati olehnya. Hal ini kerana, bandar ini telah mengalami pembangunan yang baik selama bertahun-tahun, menjadikannya tempat yang selesa dan menyenangkan untuk dikunjungi.

Mungkin lepas ni lebih ramai pelancong luar datang ke Kuching?

Namun, beliau sedikit kesal kerana rakan-rakan di Eropah tidak pernah mencadangkan Kuching sebagai salah satu lokasi untuk dilawati.

Beliau menganggap tripnya kali ini antara trip yang paling bermakna kerana beliau dapat meneroka sendiri Kuching sebagai ‘hidden gem’ yang kurang dipopularkan oleh pelancong luar.

'Most Beautiful City In Borneo', Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne

Pada akhir video, beliau memberitahu beliau terasa seperti berada di Melbourne, Australia kerana suasana dan keindahan bangunan di bandar raya Kuching persis di Melbourne.

Baca lagi artikel menarik:

Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini
‘Berdebu’ Speaking English, Netizen Kagum Dengan Tour Guide Dari Sarawak Ini

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MyKad Dirampas, Wanita Sarawak Ini Dinafikan Rawatan Kanser Dari Pusat Perubatan Kerajaan MyKad Dirampas, Wanita Sarawak Ini Dinafikan Rawatan Kanser Dari Pusat Perubatan Kerajaan
Next Article 'Orang Sabah Kalau Bab Vokal Memang Padu', Penyanyi Ini Terima Perhatian Netizen Di Kuala Lumpur ‘Orang Sabah Kalau Bab Vokal Memang Padu’, Penyanyi Ini Terima Perhatian Netizen Di Kuala Lumpur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?