• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini

Oleh
Aina Musa
7 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian 'Mat Saleh' Ini

Bulan puasa je boleh jumpa kuih ni tau!

Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini. Kuih bongkol sangat sinonim dengan bulan puasa di Sarawak. Kuih bongkol ini tidak asing lagi bagi warga Sarawak lebih-lebih bagi pencinta kuih-muih tradisional.

Teksturnya yang lembut dengan rasanya yang lemak manis menjadikan kuih bongkol ini digemari sesiapa sahaja yang menikmati sajian pemanis mulut ini. Baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok mengenai lelaki ‘Mat Saleh’ mencuba kuih bongkol yang dibelinya di bazar ramadan.

Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian 'Mat Saleh' Ini
Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini. Kredit: VeggiesOnTour

“Wow, that is incredible!”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih hampir 60 ribu tontonan di Tiktok.

Difahamkan kuih tersebut dibelinya di sebuah bazar ramadan di Sibu.

Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian 'Mat Saleh' Ini

Berdasarkan perkongsian itu, beliau berulang kali menyebut ‘wow that is incredible’ setelah mencuba beberapa suap kuih bongkol itu. Tambahnya, beliau menyukai tekstur kuih tersebut yang lembut seakan-akan sama dengan taufu fah.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian ‘review’ beliau itu.

Menurut netizen, kuih bongkol sebenarnya lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu dan dinikmati ketika buka puasa!

Ditambah pula dengan rasa lemak manis daripada gula apong memang ngam.

Menariknya, seorang ‘perantau’ di bumi semenanjung berkongsi setiap kali balik ke bumi kenyalang, beliau akan mencari hidangan kuih bongkol terlebih dahulu.

Baca lagi artikel menarik:

Habiskan RM70 Demi Semangkuk Laksa Sarawak, ‘Review’ Dari Tiktoker Ini Raih Perhatian Netizen
Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permohonan Jawatan Guru DG41 KPM Kini Dibuka, Turut Pelawa Graduan Bukan Pendidikan
Next Article 'Bazar Puaka', Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching ‘Bazar Puaka’, Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?