I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak

Oleh Nazihah AN
9 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak

Anthony Loke bincang untuk menyediakan tambang yang lebih murah kepada pelajar terutama ke Sabah dan Sarawak

MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak. Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan, untuk menyediakan tambang yang lebih murah kepada pelajar terutama ke Sabah dan Sarawak

Menteri Anthony Loke berkata setakat ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) yang menawarkan diskaun 30 peratus daripada harga tiket penerbangan, kepada pelajar yang berdaftar dengan program itu.

MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak
MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak. Gambar sekadar hiasan

Beliau menjawab soalan dari MP Sandakan mengenai peruntukan kerajaan tawarkan pakej penerbangan kepada pelajar dari Sabah Sarawak

“Antara manfaat lain yang ditawarkan menerusi program itu termasuk seperti elaun bagasi tambahan 10 kilogram, serta tawaran khas kepada ahli keluarga serta rakan-rakan pelajar.

“Untuk syarikat penerbangan lain, kita akan cuba bincangkan (pakej murah untuk pelajar),” katanya pada pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan yang dikemukan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan), yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menawarkan pakej-pakej penerbangan dengan harga yang berpatutan kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak, semasa cuti semester.

Pada masa yang sama, MOT melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan terus memantau harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik, termasuk laluan-laluan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah.

MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak
MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak

Anthony Loke bincang untuk menambah laluan penerbangan berdasarkan kepada pertimbangan komersial

Dalam hubungan itu terdapat juga syarikat yang melaksanakan inisiatif khas bagi menawarkan tiket penerbangan pada harga yang rendah, sebagai contoh, AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) telah menyediakan 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah dari 17 hingga 30 Jan tahun ini, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Loke berkata Kementerian Pengangkutan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat penerbangan, untuk menambah laluan penerbangan berdasarkan kepada pertimbangan komersial.

Beliau berkata syarikat penerbangan kebiasannya akan berbuat demikian, sekiranya terdapat kapasiti dan permintaan pasaran yang tinggi untuk ke destinasi yang berkenaan.

MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak
MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak
MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak
MOT Cadang Sediakan Pakej Penerbangan Murah Untuk Pelajar Sabah Sarawak

“…tetapi saya faham kadang-kala perlu ada insentif. Justeru kerajaan negeri yang sudah tentu ada Jawatankuasa Bertindak Pelancongan boleh memberikan sedikit insentif kepada syarikat penerbangan ini, supaya mereka ada laluan penerbangan terus dari destinasi baharu seperti Pulau Pinang ke Terengganu atau Pulau Pinang ke Kota Bharu,” katanya.

Loke mengemukakan jawapan itu kepada soalan tambahan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar), yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah penerbangan dari pantai barat ke pantai timur.

Memandangkan tiket balik raya agak mahal, kini Air Asia tawarkan harga tetap. Anda boleh baca pautan di bawah:

Kos Tiket Pulang Sabah, Sarawak Melampau, AirAsia Kini Tambah Penerbangan Harga Tetap
Guna Jalan Alternatif, Lencongan Di Bulatan Stutong Ditutup Selama Seminggu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Nilai Berjuta Tapi Kualiti Teruk, Pemaju Perumahan Di Kuching Ini Dikritik Netizen Rumah Nilai Berjuta Tapi Kualiti Teruk, Pemaju Perumahan Di Kuching Ini Dikritik Netizen
Next Article Lantai Kotor Dan Penuh Sampah, Netizen 'Loya' Lihat Keadaan Tandas Di HUS Lantai Kotor Dan Penuh Sampah, Netizen ‘Loya’ Lihat Keadaan Tandas Di HUS

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?