• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Muda Dan Berbakat, Gadis Cilik Dari Sarikei Ungguli Pertandingan Foto & Videografi STB

Oleh
ILB - AI
22 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Baru berusia 8 tahun, muda dan berbakat, gadis cilik berasal dari Sarikei menggungguli pertandingan dengan bawa pulang hadiah RM6,000

Muda Dan Berbakat, Gadis Cilik Dari Sarikei Ungguli Pertandingan Foto & Videografi STB. Bidang yang selalunya dimonopoli kaum lelaki dan kebiasaanya dikerjakan oleh orang dewasa, menjadi satu kejutan apabila kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun telah menjuarai satu pertandingan fotografi dan videografi.

Bernice Lau Yee Ting, gadis muda dan berbakat berasal dari Sarikei ini telah membawa pulang hadiah bernilai RM6,000 selepas penyertaan beliau “Night Scene Of Sibu Temple During Ghost Festival In August 2022” membawa tuah kepadanya.

Muda Dan Berbakat, Gadis Cilik Dari Sarikei Ungguli Pertandingan Foto & Videografi STB
Muda Dan Berbakat, Gadis Cilik Dari Sarikei Ungguli Pertandingan Foto & Videografi STB. Sumber gambar: FB Sarawak Travel, Malaysia, Borneo

Tangkapan gambar “Night Scene Of Sibu Temple During Ghost Festival Ini August 20022” bawa tuah untuknya

Gambar yang diambil oleh gadis cilik ini adalah sebuah gambar yang mempersembahkan satu festival yang diraikan oleh masyarakat Cina iaitu Hungry Ghost Festival dimana gambar diambil berlatarbelakangkan suasana di Tua Pek Kong Eng Ann Teng di Sibu.

Pertandingan fotografi dan videografi edisi kedua yang dianjurkan oleh Sarawak Tourism Board (STB) dan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sarawak Photo-Arts Society ini telah menghimpunkan bakat seramai 221 penyertaan daripada penyertaan amatur dan jurugambar profesional.

Muda Dan Berbakat, Gadis Cilik Dari Sarikei Ungguli Pertandingan Foto & Videografi STB
Muda Dan Berbakat, Gadis Cilik Dari Sarikei Ungguli Pertandingan Foto & Videografi STB. Sumber gambar: BORNEO POST online

221 penyertaan, 1,286 gambar dipertandingkan bertemakan “Sarawak Hidden Gems”, tetap gambar milik Bernice menambat hati juri

Daripada 221 penyertaan ini, sebanyak 1,286 gambar telah dipertandingkan untuk mempromosikan Sarawak dengan keunikannya bertemakan “Sarawak Hidden Gems” dan hasil tangkapan gambar milik Bernice Lau telah menambat hati juri untuk mengungguli pertandingan sengit ini.

Tahniah anak muda atas bakat dan pencapaian ini. Anak muda Sarawak sememangnya berbakat dengan kreativiti mereka masing-masing seperti:

Hanya Belajar Dari Youtube, Hasil Seni Anak Muda Sabah Ini Buat Ramai Terpukau
Raih 30K Views Dalam Masa 16 Jam, Lagu Sabah Bangkit Suntik Semangat Berani Buat Anak Muda Sabah
SUMBER :FB Sarawak Traavel, Malaysia, BorneoBORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taiyo Yuden, Syarikat Elektronik Jepun Jadikan Sarawak Sebagai Pangkalan Operasi Terbesarnya
Next Article Passport Biru Ke Sabah, Sarawak Masih Jadi Perdebatan Panas Antara Netizen Di Media Sosial

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?