• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Mun Susah Sik Boh Jak,’ Wanita Di Kuching Ini Terkilan Cas COD RM6 Dikatakan Mahal

Oleh
ILB - AI
27 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
'Mun Susah Sik Boh Jak,' Wanita Di Kuching Ini Terkilan Cas COD RM6 Dikatakan Mahal

“Zaman sekarang mana lagi COD RM1, RM2, RM3.”

‘Mun Susah Sik Boh Jak,’ Wanita Di Kuching Ini Terkilan Cas COD RM6 Dikatakan Mahal. Dulu, kita perlu merajinkan diri ke sesuatu tempat semata-mata untuk mengambil barang tempahan. Namun pada zaman sekarang, kita tak perlu lagi menyusahkan diri lagi dengan adanya perkhidmatan COD.

Biasanya, kita perlu membayar untuk COD (collect-on-delivery) jika kita menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan tempahan. Namun, seorang wanita di Kuching meluahkan rasa kecewanya apabila salah seorang pelanggannya menuduh dia dan runnernya mengenakan bayaran COD ‘mahal’ iaitu RM6.

‘Mun Susah Sik Boh Jak,’ Wanita Di Kuching Ini Terkilan Cas COD RM6 Dikatakan Mahal

Peniaga tampil mempertahankan runner daripada dimarahi pelanggan

Baru-baru ini, seorang peniaga, Yenz Areyou Kitchen, tampil ke Facebook untuk berkongsi kekecewaannya terhadap salah seorang pelanggannya.

Dalam perkongsian itu, dia menyatakan pelanggannya menuduh runnernya mengenakan harga COD terlalu tinggi. Tidak berpuas hati dengan tuduhan itu, dia memberitahu pelanggannya bahawa runnernya terpaksa meredah hujan atau panas matahari untuk menghantar pesanan pelanggannya dan minyak kenderaan mereka juga harus dipertimbangkan.

Tambahnya lagi, “Kalau rasa tak nak terbuang RM6 awak tu, lebih baik je awak self-collect. Baru awak tahu murah ke tidak RM6 awak tu untuk bayar runner. Sekarang mana lagi COD RM1, RM2, RM3. Apa nak dimakan runner? Pasir? Sudah lah barang mahal sekarang. Kalau pasir tu dapat dimasak macam nasi pun boleh muak juga.”

Anda boleh baca perbualan penuh antara wanita berkenaan dengan pelanggannya di bawah:

Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen
Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen

“Masih ada juga warga Malaysia yang jenis berkira dengan COD, oh?” – netizen

Rata-rata netizen memuji wanita terbabit kerana mempertahankan runnernya. Malah, mereka turut bersimpati dengan runner berkenaan kerana dituduh mengenakan cas COD mahal sedangkan harga cas tersebut dianggap ‘masuk akal’ untuk zaman sekarang. Yalah, kena ingat juga sekarang tengah inflasi. RM6 ni masih dianggap murah tau!

Terdapat juga di kalangan netizen yang berkongsi pengalaman mereka dituduh mengenakan cas COD mahal, manakala ada di kalangan mereka mengkritik pelanggan wanita tersebut kerana terlalu berkira.

Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen
Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen
Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen
Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen
Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen
Kredit: FB Yenz Areyou Kitchen

Sebelum nak berkira, pastikan awak ambil kira beberapa perkara yang terlibat untuk tempahan awak dihantar kepada awak. Jika awak rasa COD runner terlalu mahal, awak masih boleh memilih untuk mengambil tempahan awak sendiri. 😊

Lagi di sini:

8 Bulan Untuk Tuntut ‘Hak’, FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini
Ais Melebihi Kuantiti Cendol, Lelaki Ini Tegur Peniaga Bazaar Jangan Ambil Kesempatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula Hari Ini, Penutupan Sementara Jalan Kuching-Samarahan Expressway Hingga 14 Mei Ini Bermula Hari Ini, Penutupan Sementara Jalan Kuching-Samarahan Expressway Hingga 14 Mei Ini
Next Article Hanya RM 13 Sahaja, Menu Nasi Kambing Rusuk Di Bazaar Stutong Ini Tarik Perhatian Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?