• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

Oleh
ILB - AI
16 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hujan tanpa henti, muncul kepala air

Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi. Hujan tanpa henti selama 12 jam di Langkawi, Kedah telah menjadi kegelisahan untuk penduduk apabila banyak insiden yang tidak diingini berlaku.

Salah satunya adalah banjir yang dilaporkan banyak hampir menenggelamkan rumah milik penduduk. Bahkan, yang lagi mencemaskan apabila berlaku munculnya kepala air di sebuah kawasan rekreasi di Langkawi.

Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi. Sumber gambar: Twitter @shonrahim

43 pendaki, 1 jurupandu terperangkap ditebing sungai selepas turun dari bukit di air terjun Telaga Tujuh

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 10.35 pagi tersebut telah memerangkapkan 43 pendaki dan seorang jurupandu yang sedang dalam perjalanan untuk turun dari bukit di kawasan rekreasi di air terjun Telaga Tujuh, Langkawi.

44 orang yang terperangkap ini difahamkan sedang melakukan aktiviti pendakian di kawasan tersebut dan mereka tidak menjangka akan munculnya kepala air pada waktu tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, punca kepala air tersebut adalah disebabkan oleh hujan lebat. Dengan keadaan air sungai yang deras. 44 orang pendaki ini telah terperangkap di tebing sungai kerana tidak dapat melintasi.

Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi. Sumber gambar: astro AWANI

Oleh itu, sepasukan anggota bomba telah bergegas untuk menyelamatkan mereka untuk menyeberang ke kawasan yang selamat walaupun menghadapi kesukaran.

Tepat pada pukul 3 petang, kesemua mangsa telah selamat dipindahkan dengan merentasi sungai menggunakan tali.

Untuk orang awam yang lain, ambil tahu tentang keadaan cuaca semasa sebelum hendak melakukan aktiviti luar supaya kita dapat mengurangkan risiko kejadian seperti ini.

Keadaan cuaca di musim tengkujuh ini sememangnya mencabar dengan rentetan-rentetan tragedi seperti banjir yang menjejaskan beberapa kawasan:

Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir
Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir
SUMBER :Twitter @shonrahimAstro AWANI
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Bakal Tubuh Satu Lagi Bangunan Sewa Rendah Untuk Pelajar Sarawak Di Semenanjung Abang Jo Bakal Tubuh Satu Lagi Bangunan Sewa Rendah Untuk Pelajar Sarawak Di Semenanjung
Next Article Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?