• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak

Oleh
ILB - AI
16 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak Border Scouts, satu lagi pasukan keselamatan di sempadan Sarawak

Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak. Sarawak Rangers dan Iban Trackers pasti cukup dikenali di kalangan masyarakat Sarawak dimana setelah penubuhan Malaysia, anggota untuk 2 pasukan ini telah diserap menjadi anggota Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia.

Namun, tahukah kita bahawa di Sarawak juga terdapat satu lagi pasukan keselamatan yang turut menyumbangkan jasa mereka tanpa gentar untuk menentang penjajah terutamanya di bahagian sempadan Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Border Scouts?

Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak
Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak. Sumber gambar: FB Rumah Luyuh anak Temenggong Ng Tok Entabai Julau

Ditubuh pada tahun 1964

Sarawak Border Scouts telah ditubuhkan pada tahun 1964 melalui persefahaman di antara kerajaan Komanwel yang disokong oleh British dan kerajaan Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan. Pasukan ini banyak dianggotai oleh anak tempatan yang bertindak untuk menjaga keamaan di sempadan Sarawak daripada ancaman gerila Kalimantan.

Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak
Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak. Sumber gambar: FB Borneo Oracle

Pasukan ini banyak berkhidmat terutamanya pada zaman berlakunya Konfrantasi Malaysia-Indonesia yang berlaku dari tahun 1962 hingga 1966. Anggota pasukan ini telah mendapat latihan separa ketenteraan daripada pihak Special Air Service Regiment (SAS) dan Gurkha Independent Parachute Company sebelum mereka dihantar untuk menyertai Operasi Claret.

Berjasa dalam Konfrontasi Malaysia-Indonesia sekaligus darurat Komunis

Operasi Claret adalah satu operasi untuk mengawal sempadan Sarawak daripada ancaman gerila Kalimantan dalam Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Walaupun konfrontasi telah tamat, keupayaan dan kemahiran anggota Sarawak Border Scouts ini masih dituntut khidmatnya sehingga tahun 1994.

Salah satu kejayaan terbesar Sarawak Border Scouts ini adalah khidmat mereka sebagai mata dan telinga pihak polis semasa zaman darurat Komunis dimana mereka yang menyalurkan maklumat tentang pencerobohan Komunis dari arah Kalimantan Utara.

Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak
Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak. Sumber gambar: FB Borneo Oracle

Kejayaan musnahkan kubu Komunis di Kanowit

Bahkan, pada tarikh 20 Jun 1973, satu operasi serang hendap yang diketuai oleh ASP Wilfred Gomez Malong dan 10 anggota Sarawak Border Scouts telah berjaya memusnahkan kubu Komunis di Sungai Bilat, Nanga Poi, Kanowit. Dalam serangan hendap ini, pihak Sarawak Border Scouts telah berjaya membunuh, menangkap 16 orang Komunis dan merampas senjata milik musuh.

Bukan itu sahaja, Sarawak Border Scouts juga memainkan peranan penting dalam pembentukan Rejang Area Security Command (Rascom) Special Branch Unit sebelum kedua-dua pasukan ini dibubarkan pada tahun 1994.

Walaupun pasukan ini telah dibubarkan, tidak dinafikan bahawa Sarawak Border Scouts ini adalah pasukan yang banyak memainkan peranan dalam mengawal keselamatan Sarawak terutamanya di sempadan daripada dicerobohi pihak musuh.

Keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi masa kini memerlukan banyak pengorbanan daripada pahlawan-pahlawan kita seperti:

Digelar ‘The Iban Trackers’, Kenali Awang Anak Raweng Penerima Pingat George Cross
‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
SUMBER :FB Rumah Luyuh anak Temenggong Ng Tok Entabai JulauFB Borneo Oracle
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Muncul Kepala Air, 44 Orang Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
Next Article Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Era 60an

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?