• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mungkin Raya Sendu Buat Kali Kedua, KKM Cadang Tangguh Kebenaran Rentas Negeri Untuk Aidilfitri

Oleh
Ismail NA
15 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Cadangan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan hari ini.

Mungkin Raya Sendu Buat Kali Kedua, KKM Cadang Tangguh Kebenaran Rentas Negeri Untuk Aidilfitri. Kadar jangkitan di dalam negara semakin hari semakin meningkat. Hal ini dapat dilihat di beberapa negeri utama seperti Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan beberapa negeri yang lain.

Isi Isi Penting
  • Cadangan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan hari ini.
  • KKM perlu buat penilaian risiko dengan lebih berhati-hati kali ini
  • Keputusan rentas negeri akan diumumkan lebih awal untuk memudahkan rakyat – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  • Sarawak hari ini sekali lagi catat kes tertinggi di Malaysia. Baca selanjutnya di sini :

Susulan situasi yang kian meruncing ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan supaya urusan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba menerusi laporan media hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa KKM perlu membuat perbincangan lebih awal untuk menentukan sama ada urusan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri tahun ini dapat dilaksanakan ataupun sebaliknya.

Mungkin Raya "Sendu" Buat Kali Kedua, KKM Cadang Tangguh Kebenaran Rentas Negeri Untuk Aidilfitri
Mungkin Raya Sendu Buat Kali Kedua, KKM Cadang Tangguh Kebenaran Rentas Negeri Untuk Aidilfitri

KKM perlu buat penilaian risiko dengan lebih berhati-hati kali ini

Hal ini kerana keputusan untuk membenarkan urusan merentas negeri untuk tujuan tersebut adalah atas nasihat dan cadangan daripada kementerian tersebut. Jelas Ismail lagi, urusan merentas negeri adalah antara perkara utama yang menerima perhatian rakyat apabila tibanya musim Ramadan.

Keputusan membenarkan urusan rentas negeri ini adalah berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh KKM. Penilaian risiko ini adalah penting bagi mengetahui apakah tahap risiko dan kesannya. Tambah Ismail lagi, keputusan rentas negeri ini sebenarnya tertakluk kepada saranan yang dibuat oleh KKM, dan bukan sepenuhnya kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu, sebanyak 31 kluster wujud hasil daripada rentas negeri untuk beraya sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha. Oleh yang demikian, KKM perlu membuat keputusan dengan lebih berhati-hati pada kali ini.

Keputusan rentas negeri akan diumumkan lebih awal untuk memudahkan rakyat – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberitahu bahawa pihaknya akan mengumumkan keputusan rasmi rentas negeri dalam masa terdekat bagi memudahkan urusan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman terutamanya urusan membeli tiket pengangkutan, sekiranya dibenarkan.

Apa pendapat anda? Adakah kita akan beraya di perantauan sekali lagi tahun ini? Sama-sama kita tunggu.

Sarawak hari ini sekali lagi catat kes tertinggi di Malaysia. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sarawak Sekali Lagi Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 512 Kes Positif
Next Article TERKINI: Tiada PKP Di Sarawak Hanya PKPB Seperti Yang Dirancang Sebelum Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?