• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron

Oleh
Nazihah AN
3 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron

Menurut laporan dari Reuters, tindak balas Sinovac-Pfizer lebih rendah terhadap Omicron

Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron. Telah dilaporkan bahawa, menurut Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin sedang mengkaji keperluan untuk dos penggalak kedua berikutan dengan peningkatan kes varian COVID-19 Omicron yang kini menular di seluruh negara.

Menteri kesihatan berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya mengetahui berkenaan hasil kajian dua dos vaksin Covid-19 Sinovac diikuti dengan suntikan dos penggalak Pfizer-BioNTech masih menghasilkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron berbanding varian lain.

Dipetik dari Malaymail, beliau turut ditanya sama ada penerima vaksin Sinovac yang menerima penggalak Pfizer di Malaysia mungkin memerlukan dos keempat pada masa yang akan datang.

“Kami telah menerima berita itu (mengenai kajian). Pasukan teknikal sedang mengkaji penyelidikan dan akan membuat cadangan kepada CITF seperti biasa sama ada mereka yang menerima Sinovac (dos) dan Pfizer (penggalak) perlu diberi dos lain,” kata beliau pada sidang media.

Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron
Sumber gambar: Reuters
Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron
Sumber gambar: Reuters

Oleh itu, Malaysia mungkin bakal menerima dos keempat pada masa yang akan datang

Khairy berkata pasukan teknikal dari pihaknya akan mencadangkan kepada Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas menyelesaikan beberapa kajian sendiri, dan beliau menambah bahawa ianya masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan daripada kajian tersebut.

Sehubungan itu, laporan yang dipetik dari Reuters berkata berkenaan dengan dua dos Sinovac dengan penggalak Pfizer telah menghasilkan tindak balas antibodi yang serupa dengan suntikan 2 dos vaksin mRNA.

Kajian tersebut dikatakan belum disemak oleh rakan setugas, telah dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican dan institusi lain.

“Vaksin Sinovac dua dos sahaja tidak menunjukkan sebarang peneutralan yang dapat dikesan terhadap Omicron, menurut kajian yang menganalisis sampel plasma daripada 101 peserta di Republik Dominican,” dalam kajian tersebut.

Salah seorang pengarang kajian, Akiko Iwasaki, telah memuat naik satu kenyataan di Twitter bahawa penerima CoronaVac (Sinovac) mungkin memerlukan dua dos penggalak tambahan untuk mencapai tahap perlindungan yang diperlukan terhadap Omicron.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Hendak Memancing Bertukar Jadi Pengalaman Ngeri Apabila Lelaki Temui Mayat Terapung Di Miri
Next Article Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?