• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku

Oleh
ILB - AI
3 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku

Menteri Kesihatan memberi amaran bahawa Malaysia ada kemungkinan besar dilanda gelombang Omicron

Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku. Tahun ini sudah masuk tahun kedua sejak seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Dahulunya pandemik dan kini sudah bertukar menjadi endemik, rakyat seluruh dunia sudah mula perlahan-lahan hidup berdampingan dengan Covid-19, walaupun varian baharu muncul.

Antara varian yang baru muncul adalah varian Omicron (yang berasal dari Afrika Selatan), dengan 64 kes telah dicatatkan baru-baru ini.

Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter beliau memberi amaran tentang kemungkinan besar gelombang Omicron yang akan melanda Malaysia jika pencegahan tidak dilakukan dengan betul pada peringkat awal.

Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku

Langkah-langkah perlahankan penularan Omicron

Menurut Khariy Jamaluddin, beliau telah menyatakan beberapa langkah segera yang perlu dibuat bagi memperlahankan penularan varian Omicron.

Sepertimana negara2 lain, berkemungkinan besar gelombang Omicron akan mula di Malaysia. Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace & kawalan pintu masuk antarabangsa anatara langkah perlahankan penularan Omicron. https://t.co/QSQnIUG2Cx

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 2, 2022

“Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace & kawalan pintu masuk antarabangsa antara langkah perlahankan penularan Omicron.”

katanya dalam posting tersebut.

Dalam entri yang sama, beliau juga menyatakan bahawa data sedia ada mendapati kesan varian Omicron tidak seteruk varian Delta tetapi kebolehjangkitan Omicron adalah lebih tinggi daripada varian Delta.

“Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital / ICU. KKM mahu elak sistem kesihatan awam lumpuh. Strategi: perlahankan Omicron”

tambahnya lagi.

Sekitar 78% melibatkan sampel daripada pengembara tiba dari Arab Saudi

Sementara itu, Khairy juga berkongsi sekitar 966 daripada 1,077 sampel positif Covid-19 dari 21 – 29 Disember ditunjukkan sebagai presumptive Omicron – yang bermaksud ujian pertama mempunyai ciri-ciri Omicron.

Daripada 966 sampel presumptive Omicron, sejumlah 750 adalah daripada jemaah Umrah yang tiba daripada Arab Saudi dalam tempoh data yang telah dinyatakan.

Menurut Institute of Medical Research (IMR), sekiranya presumptive Omicron disahkan oleh jujukan genom penuh, ia akan menjadi hampir 100% Omicron.

966 daripada 1,077 sampel positif COVID-19 dari 21-29 Dis telah menunjukkan presumptive Omicron & 77.6% melibatkan pengembara dari Saudi. Penangguhan sementara aktiviti umrah adalah untuk memperlahankan penularan varian Omicron. Penilaian risiko akan terus dilakukan. pic.twitter.com/tL28q23emQ

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 2, 2022

Buat masa ini, 64 kes telah dilaporkan di mana 63 daripadanya melibatkan pengembara dan seorang disyaki jangkitan tempatan.

Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memperlahankan penularan varian Omicron adalah menangguhkan perjalanan Umrah yang akan berkuat kuasa 8 Januari ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron Mungkin Terima Suntikan Kali Keempat, Campuran Sinovac-Pfizer Dikatakan Kurang Berkesan Lawan Omicron
Next Article Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?