• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan

Oleh
Farisha
29 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Murid lelaki dipukul beramai-ramai di sebuah sekolah di Kota Samarahan

Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media melalui Ketua Polis Daerah Kota Samarahan mengenai satu kiriman yang dimuat naik di Facebook yang menunjukkan seorang remaja yang didakwa telah dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan remaja di hadapan sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

Polis Kota Samarahan mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa pada 29 November 2023, jam lebih kurang 01:08 pagi. Setelah itu, pihak polis telah menahan dua orang suspek utama yang terlibat, yang berumur 16 tahun dan 17 tahun.

Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan
Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan. Sumber: facebook

Melibatkan sekumpulan pelajar dari sekolah yang sama

Menurut video yang tular itu, pergaduhan terbabit dipercayai melibatkan sekumpulan pelajar dari sekolah sama dan pelaku yang menunggang motosikal dilihat berulang kali memukul dan menendang mangsa sehingga terjatuh di atas jalan.

Difahamkan, pergaduhan itu tidak dihentikan mana-mana pihak dan disaksikan beberapa lagi individu penunggang motosikal di lokasi berkenaan, yang rakan si pelaku. Mungkin juga ada sebahagian mereka yang enggan masuk campur dengan situasi tersebut.

Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara atau denda yang ditetapkan oleh mahkamah atau kedua-duanya, mengikut kesesuaian.

Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan
Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan

Jangan membuat sebarang spekulasi berkataitan video tular itu

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan turut menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan komen yang negatif di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes buli:

Padah Ekzos Bingit, Remaja Ini Dipukul Sekumpulan Individu Semasa Upacara Keagamaan
Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Brunch Menarik Di Samarahan, Restoran Estetik Di Terrace Tawar Hidangan Berpatutan Port Brunch Menarik Di Samarahan, Restoran Estetik Di Terrace Tawar Hidangan Berpatutan
Next Article Kontroversi Selesai : Persatuan Gereja Sarawak Sertai Karol Selepas Intervensi Premier Sarawak Kontroversi Selesai : Persatuan Gereja Sarawak Sertai Karol Selepas Intervensi Premier Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?