• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu

Oleh
ILB - AI
25 September 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu

“Memalukan kaum lelaki!” – Netizen

Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu. Beberapa hari lepas, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang wanita dibelasah oleh seorang lelaki di luar pub.

Kejadian yang berlaku di Jalan Lau King Howe, Sibu itu telah menerima pelbagai reaksi negatif, dengan netizen berpendapat bahawa lelaki berkenaan ‘memalukan kaum lelaki.’

Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu

“Kamu tahu saya siapa ka?”

Dalam video terbabit, mangsa dilihat keluar dari pub berkenaan lalu dikejar oleh seorang lelaki yang kemudian menarik dan memukul kepala mangsa secara mengejut.

Beberapa pemerhati turut masuk campur untuk melindungi mangsa serta mengelakkan lelaki tersebut memukulnya. Anda boleh lihat video itu di bawah:

Sibu: Bar di Jalan Lau King Howe Seorang awek yg muda dipukul oleh seorg laki, berlakuan kes masih blom dipastikan. Tapi…

Posted by Sarawak Viral on Saturday, September 19, 2020

Susulan itu, ia dilaporkan bahawa kejadian berpunca daripada salah faham antara mangsa, berusia 23 tahun dan suspek, 36 tahun.

Malah, suspek dikatakan berkata “kamu tahu saya siapa ka?” ketika memukul mangsa.

Bapa kepada lelaki tersebut, berumur 67 tahun, membuat panggilan kepada mangsa dan suaminya keesokan harinya untuk menyelesaikan perselisihan faham terbabit.

Menurut laporan, bapa lelaki itu mengugut mangsa dengan memberi ang pow bernilai RM800 supaya tidak membuat laporan polis. Jika mangsa tidak menerima ang pow itu, mangsa akan ditimpa akibat. Bapa suspek juga menyatakan bahawa dia dan anaknya adalah ‘gangster Sibu.’

Mangsa telah membuat laporan polis dan suspek serta bapanya telah di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu
Pemukul si perempuan.
Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu
Bapa akui “gangster Sibu”.

“Sikit gaduh sama amoi terus panggil bapak,” – netizen

Tinjauan atas komen post itu mendapati bahawa rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu dan bapanya, terutamanya si pemukul.

Kredit: Sarawak Viral
Kredit: Sarawak Viral
Kredit: Sarawak Viral
Kredit: Sarawak Viral
Kredit: Sarawak Viral

Tak gentle lah main belasah perempuan. Kalau ada perselisihan faham pun, gaduh sama diri secara fizikal bukan lah caranya – tak kira lelaki atau perempuan. Jika berbincang secara bagus tak dapat juga menyelesaikan masalah, mahkamah dan balai polis kan ada? Bertindak secara bijak.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung
Next Article Individu Pulang Dari Sabah Ke Semenanjung Akan Dikuarantin Di Rumah - KKM Individu Pulang Dari Sabah Ke Semenanjung Akan Dikuarantin Di Rumah – KKM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?