• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mutang Tagal, Kaum Dayak Pertama Dilantik Sebagai YDP Dewan Negara

Oleh
Farisha
19 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mutang Tagal angkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara baharu hari ini

Mutang Tagal, Kaum Dayak Pertama Dilantik Sebagai YDP Dewan Negara. Datuk Mutang Tagal, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas telahpun mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu pada hari ini.

Menurut laporan, beliau mengangkat sumpah untuk memegang jawatan tersebut pada jam 2.10 petang di hadapan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mutang Tagal, Kaum Dayak Pertama Dilantik Sebagai YDP Dewan Negara
Mutang Tagal, Kaum Dayak Pertama Dilantik Sebagai YDP Dewan Negara

Mutang telah dicalonkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal bagi jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Kaum Dayak yang pertama jadi YDP Dewan Negara

Beliau merupakan individu dari kaum Dayak yang pertama dari Sarawak untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara serta seorang peguam undang-undang.

Untuk makluman, Mutang pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas dari tahun 1982 hingga 1990, sebelum kawasan tersebut dimukimkan semula menjadi kerusi Parlimen bagi kawasan Limbang dan Lawas.

Pada masa kini, beliau memegang jawatan sebagai presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Orang Ulu serta konsul kehormat Romania di Sarawak.

Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara sebelum ini menjadi kosong selepas Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan bagi mengambil alih peranan sebagai Gabenor Sarawak yang kelapan bermula 26 Januari lalu.

Baca juga artikel terkini:

Harga Serendah RM28, AirAsia Tawar Promosi Tempat Duduk Percuma Bermula Hari Ini
16 Wanita Terperangkap 30 Minit Dalam Lif Di Kuching Gara-Gara Lebih Muatan
SUMBER :Malaysia Gazette
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Lokasi Hidden Bar Dengan Suasana Santai Buat Warga Kuching Ini 4 Lokasi Hidden Bar Dengan Suasana Santai Buat Warga Kuching
Next Article Sama Jaya Nature Reserve, Lokasi Trekking Waktu Malam Lihat Flora Fauna Rare Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?