• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini

Oleh
Aina Musa
30 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini

Lawatan istimewa ke Muzium Sejarah Cina secara percuma untuk orang ramai

Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini. Buat anda yang tertanya-tanya mengenai kewujudan bangunan merah jambu di tengah-tengah Waterfront Kuching, inilah masa yang sesuai untuk anda explore apa sebenarnya disebalik bangunan pink ini?

Bangunan tersebut merupakan sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Sejarah Cina.

Muzium ini telah pun dibina pada tahun 1912 dan pada awalnya bangunan ini digunakan sebagai mahkamah yang dikhaskan untuk kaum Cina sehingga tahun 1921.

Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini
Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini. Kredit: Google

Muzium ini menyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih.

Terletak di pusat bandar Kuching di Jalan Main Bazaar, muzium ini adalah tempat yang kaya dengan artifak yang memperlihatkan warisan dan tradisi masyarakat Cina.

Berita baik untuk orang ramai, Jabatan Muzium Sarawak akan membuka semula Muzium Sejarah Cina kepada umum bermula hari ini.

Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini

Sempena musim cuti sekolah ini, apa kata anda bawa anak-anak anda untuk berkunjung ke sini.

Salah satu pameran yang paling popular di Muzium Sejarah Cina ialah pameran artifak yang rare dan jarang dilihat di mana-mana. Pengunjung juga dapat melihat koleksi besar vas tembikar antik, tempayan dan pelbagai lagi artifak lain.

Bahkan pengunjung juga akan ‘dihidangkan’ dengan sejarah-sejarah menarik masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Teochew dan banyak lagi.

Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini

Memandangkan muzium ini jarang dibuka untuk orang ramai, apa kata anda rebut peluang ini. Jangan lupa potraitkan kenangan anda di sini untuk kenangan masa hadapan!

Waktu operasi:

Isnin hingga jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang

Sabtu, ahad dan cuti umum dari jam 10 pagi hingga hingga 4 petang

Baca lagi artikel menarik:

Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini
Bakal Diubah Jadi Muzium, Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak 'Fresh' Dari Supermarket Di Kuching Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak ‘Fresh’ Dari Supermarket Di Kuching
Next Article Bunga Tecoma Jadi Tarikan Di Kuching, Fenomena Musim Bunga Ini Memukau Netizen Di Jalan Damai Bunga Tecoma Jadi Tarikan Di Kuching, Fenomena Musim Bunga Ini Memukau Netizen Di Jalan Damai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?