• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak ‘Fresh’ Dari Supermarket Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
30 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak 'Fresh' Dari Supermarket Di Kuching

Uih harga ikan siakap pun bukannya murah tau🥵

Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak ‘Fresh’ Dari Supermarket Di Kuching. Seorang individu telah mengalami rasa tidak puas hati kerana membeli ikan siakap yang tidak ‘fresh’ di sebuah pasaraya di Batu 11, Kuching.

Melalui luahan di halaman Facebook peribadinya, individu tersebut turut memuat naik gambar ikan siakap yang dibelinya bersama dengan resit pembelian.

Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak 'Fresh' Dari Supermarket Di Kuching
Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak ‘Fresh’ Dari Supermarket Di Kuching

Kongsian individu tersebut telah menarik perhatian netizen

Dalam luahannya, individu tersebut meminta agar supermarket tersebut tidak menjual barang basah yang sudah rosak kerana pelanggan membeli barang dengan harapan ikan yang dibeli adalah segar dan berkualiti.

Menurut individu tersebut, ikan yang dibelinya didapati tidak dapat dimasak kerana isinya telah hancur dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak 'Fresh' Dari Supermarket Di Kuching

Kejadian ini seharusnya memberi pengajaran kepada kita semua baik jadi pembeli mahupun jadi penjual.

Individu itu turut meminta agar pihak supermarket tidak menipu pelanggan dengan mempromosikan barang-barang sebagai benda yang segar padahal sebaliknya.

Kongsian tersebut justeru menarik perhatian netizen dan ada juga memberikan perbezaan pendapat terhadap individu tersebut. Ada yang menyatakan bahawa individu tersebut tidak memilih dengan teliti, ada juga yang menyatakan bahawa supermarket tersebut bukan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan basah.

Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak 'Fresh' Dari Supermarket Di Kuching
Gambar sekadar hiasan

Kejadian ini seharusnya memberi pengajaran kepada kita semua baik jadi pembeli mahupun jadi penjual. Sebagai pembeli, anda berhak untuk memilih ikan-ikan yang segar di mana-mana pasaraya. Dan manakala penjual, mereka hendaklah sentiasa memastikan kualiti barangan yang dijual kepada pelanggan mereka.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Berita Baik, Empire Sushi Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall
https://www.iloveborneo.my/20-tahun-terbengkalai-kini-diubah-suai-hotel-sky-bar-pertama-di-kuching-bakal-buka-bulan-depan/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Rasa Tinggal Di Penjara,' Wanita Kongsi Pengalaman Hampa Bermalam Di Sebuah Apartment Kuching ‘Rasa Tinggal Di Penjara,’ Wanita Kongsi Pengalaman Hampa Bermalam Di Sebuah Apartment Kuching
Next Article Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?