• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan

Oleh
Aina Musa
15 Oktober 2023
Kongsi
1 Min Bacaan
Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa

Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan. Seorang lelaki warga emas maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terbabas lalu terjatuh ke dalam parit di Kilometer 13, Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya (Ekspressway) di Bulatan ILP di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka berkata, mangsa yang merupakan penumpang berusia 77 tahun maut di lokasi kejadian.

Myvi Hilang Kawalan, Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Parit Di Kota Samarahan. Kredit: Facebook

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bersama pemandu bergerak dari arah Kota Samarahan hendak menuju ke arah Kuching.

“Dipercayai pemandu hilang kawalan semasa melalui bulatan dan menyebabkan kereta dipandu terbabas ke kiri bahu jalan lalu jatuh ke dalam parit.

“Akibat dari kemalangan itu, penumpang cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba.

“Manakala pemandu lelaki berusia 72 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut ,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi artikel menarik:

Serangan Buaya Di Sungai Skrang, Tuai Rumah Panjang Terbunuh
Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Serangan Buaya Di Sungai Skrang, Tuai Rumah Panjang Terbunuh
Next Article Tunggang Motosikal Sambil Buat Aksi 'Zig Zag', 5 Lelaki Ditahan Polis Di Kuching Tunggang Motosikal Sambil Buat Aksi ‘Zig Zag’, 5 Lelaki Ditahan Polis Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?