• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching

Oleh
Aina Musa
14 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching

Ditahan atas 10 pertuduhan rasuah

Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching. Seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 10 pertuduhan rasuah dan lapan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM316,167.65 di Mahkamah Sesyen Kuching.

Mohammad Harun, 39, dari Sabah, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Steve Ritikos yang membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM25,000 bagi kesemua pertuduhan berserta dua penjamin warganegara Malaysia.

Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching
Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching. Kredit: Utusan Borneo

Steve juga menetapkan pengurusan kes pada 24 November 2023.

Bagi 10 pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1)(a) dan (b) akta sama, tertuduh antara 2019 dan 2020 didakwa telah menerima suapan wang secara berperingkat berjumlah RM25,300 daripada dua lelaki.

Ia sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan melakukan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching

Tertuduh juga berhadapan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram itu, tertuduh didakwa terlibat secara tidak langsung dalam transaksi membabitkan aktiviti menyalahi undang-undang yang dilakukannya secara berperingkat, sehingga membawa kepada jumlah RM290,867.65.

Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching

Menerusinya, tertuduh antara April 2018 hingga Julai 2020 dikatakan memberi arahan kepada seorang lelaki untuk membeli motosikal dan sebuah kereta kompak, membayar deposit dan ansuran sebuah kereta jenis pacuan empat roda (4WD) dan memindahkan wang untuk mengubah suai rumah menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nisla Abdul Latiff serta Pegawai Pendakwa Jawa Milu dan Noor Afiqah Mohd Yusuf sementara tertuduh diwakili peguam Francis Wee.

Baca lagi artikel menarik:

Suami Sanggup Tinggalkan Gaji Lima Angka Dan Bermastautin Di Sarawak Bersama Isteri
Berang Ditegur Gara-Gara Berniaga Di Pagar Sekolah Di Kuching, Tindakan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sabah Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sabah
Next Article ‘Buah Paling Menarik’, Mat Saleh Teruja Dapat Makan Buah Dabai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?