Tular video di media sosial mengenai sebuah Perodua Myvi melanggar lampu isyarat di Gita
Myvi Putih Langgar Lampu Isyarat Berhampiran Tadika Di Gita, Netizen Syak Microsleep. Satu insiden melibatkan kereta Perodua Myvi telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran tular di TikTok, sebuah Myvi berwarna putih dilihat melanggar lampu isyarat berhampiran sebuah tadika di kawasan Gita.

Video yang dimuat naik menunjukkan kenderaan tersebut memandu perlahan namun tetap melanggar lampu isyarat tanpa sebarang tanda pemandu cuba berhenti.
Situasi ini membuatkan ramai netizen berspekulasi bahawa pemandu mungkin mengalami microsleep—keadaan di mana seseorang tertidur dalam tempoh singkat akibat keletihan.
Netizen ‘CSI’ di Ruangan Komen
“Macam microsleep je, sebab kalau main telefon, mustahil kereta ketepi dan langsung takda fast response,” tulis seorang pengguna.
“Nampak macam microsleep. Semoga dipermudahkan dan baik-baik sahaja, yang penting nyawa,” tambah yang lain.
“Ni mesti kes mengantuk, I feel you,” ujar lagi seorang pengguna TikTok.
Microsleep – Bahaya yang Tak Boleh Diabaikan
Fenomena microsleep sering menjadi punca kemalangan jalan raya, terutama sekali bila pemandu terlampau letih atau memandu dalam tempoh yang panjang tanpa rehat. Walaupun tempohnya hanya beberapa saat, ia sudah cukup untuk menyebabkan insiden seperti ini.
Menurut pakar, tanda-tanda awal microsleep termasuk kerap menguap, kelopak mata terasa berat, atau sukar fokus pada jalan. Sebagai langkah pencegahan, pemandu disarankan berehat secukupnya sebelum memandu, terutama dalam perjalanan jauh.
Ambil Pengajaran
Isu keselamatan jalan raya bukan hanya terletak pada kelajuan atau undang-undang semata-mata, tetapi juga pada kesedaran pemandu. Apa pun, semoga insiden ini mengingatkan kita semua untuk lebih berhati-hati di jalan raya.
Anda ada pengalaman tersendiri tentang bahaya microsleep? Kongsikan di ruangan komen!

