Tindakan berbahaya, Myvi meredah sungai Moyog di Sabah
King Buat Hal Lagi, Myvi Redah Sungai Di Sabah Tarik Perhatian Ramai. Satu hantaran tular di media sosial mengenai sebuah kereta Myvi melakukan aksi yang berbahaya di Sabah.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, pemandu kereta Myvi tersebut dilihat meredah sungai Moyog, Penampang untuk sampai ke kampung di seberang.

Dikatakan ia perkara biasa di kalangan penduduk di sana kerana sungai itu memang perlu diredah untuk sampai ke kampung seberang.
“King buat perangai lagi menyeberang air deras di sungai Moyog (Babagon),” kata individu yang memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.
Netizen bimbang dengan aksi Myvi merentas sungai deras
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap tindakan Myvi itu kerana dianggap berbahaya.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berseloroh mengenai insiden tersebut dan menyatakan bahawa jangan cuba untuk menukar gear kereta di tengah-tengah sungai.
Diharapkan video ini akan mendapat perhatian kerajaan negeri atau pihak berkuasa yang berkenaan sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
